Najib ucap tahniah kepada Khairul Idham

Kohilah Sekaran
April 4, 2016 05:33 MYT
Pemimpin negara merakamkan ucapan penghargaan kepada Khairul Idham selepas beliau memenangi kejohanan Moto3 saingan Grand Prix (GP). - Gambar AFP
Pemimpin negara hari ini merakamkan ucapan penghargaan kepada Khairul Idham Pawi selepas dia memenangi kejohanan Moto3 saingan Grand Prix (GP) di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina pada awal pagi Isnin (waktu Malaysia).
Menerusi laman Twitter, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kejayaan Khairul Idham Pawi sebagai satu kebangaan negara.
“Tahniah Khairul Idham Pawi mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama menang Kejohanan #ArgentinaGP kategori Moto3.Kejayaan yang membanggakan!”

Tahniah Khairul Idham Pawi mencipta sejarah sbg pelumba M'sia pertama menang Kejohanan #ArgentinaGP kategori Moto3.Kejayaan yg membanggakan!

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Khairul kerana berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia.

TAHNIAH! Khairul Idham Pawi pelumba negara mjuarai #motoGP3 di Argentina sebentar td. Tkasih harumkn nama negara. pic.twitter.com/oKJ3BZTSCW

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) April 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin juga teruja dengan kemenangan ini apabila beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada penunggang berbakat besar itu.

Khairul Idham Pawi, Argentina Moto3 winner. First Malaysian to win Moto3 race. Tahniah! pic.twitter.com/ojKWihGj2A

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) April 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khairul dari pasukan Honda Team Asia ini mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina.
Tahniah, Khairul Idham!
[GALERI FOTO]: Jaguh litar permotoran, Khairul Idham unggul di Argentina
#Argentina #Grand Prix #Khairul Idham Pawi #Moto3 #pelumba