awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Lantikan IGP belum dimuktamad - PM Anwar
MALAYSIA
KPM akan bentang pindaan akta wajibkan pendidikan menengah bulan depan
MALAYSIA
KPT pantau pelajar Malaysia di Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Najib ucap tahniah kepada Zulfahmi, Chong Wei

Roshdi Lidun
Roshdi Lidun
22/10/2012
04:36 MYT
Najib ucap tahniah kepada Zulfahmi, Chong Wei
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pelumba negara Zulfahmi Khairuddin atas kejayaannya menduduki tempat kedua dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia semalam.
"Satu lagi sejarah tercatat! Tahniah Saudara Zulfahmi kerana memenangi tempat kedua di Malaysian Motorcycle Grand Prix. 'Podium finish' kita yang pertama. Syabas!" katanya di laman Twitter malam tadi.
Zulfahmi dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo mencatat masa 40 minit 54.151 saat di belakang pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo yang mencatat masa terpantas 40'54.123s.
Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang menjuarai Terbuka Denmark lewat malam tadi.
"Saya dan isteri bercakap dengan Lee Chong Wei malam tadi. Kami mengucapkan tahniah dan Selamat Hari Lahir kepadanya," kata beliau.
Kejayaan Chong Wei menewaskan pemain China Du Pengyu dengan keputusan 15-21, 21-12, 21-19 dianggap sebagai hadiah hari jadi ke-30 pemain nombor satu dunia itu, semalam.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Chong Wei
#MotoGP
#najib
#PM
#Zulfahmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami