awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lantikan IGP belum dimuktamad - PM Anwar

Bernama
Bernama
19/06/2025
10:24 MYT
Lantikan IGP belum dimuktamad - PM Anwar
Anwar belum mengesahkan nama calon Ketua Polis Negara yang akan menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang tamat kontrak pada 22 Jun ini. -Gambar fail/Bernama
ISKANDAR PUTERI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mengesahkan nama individu yang bakal dilantik sebagai Ketua Polis Negara (IGP) bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang dijadual akan menamatkan kontrak pada 22 Jun ini.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim belum mengesahkan nama calon Ketua Polis Negara (IGP) yang akan menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang tamat kontrak pada 22 Jun ini.
  • Beliau enggan mengulas sama ada senarai calon telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, walaupun terdapat laporan media mendakwa senarai tersebut telah dimuktamadkan.
  • Pelantikan IGP adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga enggan memaklumkan sama ada senarai sudah dihantar kepada pihak istana atau belum.
"Siapa yang beritahu? Benarkah? Nanti saya tanya Yang di-Pertuan Agong," katanya secara berseloroh ketika ditanya pemberita berhubung perkara tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR Johor di sini hari ini.
Kenyataan Anwar itu hadir susulan ada laporan media yang mendakwa senarai nama calon IGP sudah dimuktamadkan oleh kerajaan dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pelantikan IGP merupakan prerogatif Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.
Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuat kuasa 23 Jun 2023 bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#IGP
#Ketua Polis Negara
#Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan