Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutus ucapan takziah kepada keluarga legenda badminton Datuk Eddy Choong Ewe Beng yang meninggal dunia.

"Perasaan dukacita yang amat sangat kepada keluarga Datuk Eddy Choong, bintang All England kita yang membawa kemasyhuran kepada Malaysia pada tahun-tahun 60an.

"Kehilangan besar kepada Malaysia," kata Perdana Menteri dalam Twitternya Selasa.

Eddy Choong, 83, meninggal akibat komplikasi jantung di Pusat Pakar Loh Guan Lye, Pulau Pinang, Isnin.

Beliau memenangi perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Terbuka All England sebanyak empat kali antara 1953 hingga 1957.