KUALA LUMPUR: Kalau mahu jadi pemain nombor satu negara dan dunia mesti sedia berdepan tekanan hebat, itu kata-kata semangat legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei kepada pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia.
Chong Wei mendedahkan Zii Jia bertemu dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan pandangan serta nasihat sebelum bertindak menghantar surat peletakan jawatan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bergerak sebagai pemain bebas.
Pemenang pingat perak pada tiga temasya Sukan Olimpik itu berkata Zii Jia yang menjuarai All England 2021 mengakui dirinya tidak boleh berdepan tekanan yang hebat, namun tidak menyatakan secara jelas bentuk tekanan diterima.
"Saya tak tahu macam mana tahap tekanan di BAM ketika ini sebab saya tidak bersama BAM lagi, untuk saya dulu memang satu tekanan tetapi lain karakter dan lain pemain, ada yang boleh menangani tekanan itu.
"Bagi saya tekanan saya hadapi memang cukup kuat, namun saya dapat jadikan ia sebagai satu motivasi. Saya merasainya (tekanan) tetapi saya tukar ia menjadi dorongan untuk saya berjuang demi negara. Lain orang lain caranya," kata Chong Wei ketika dihubungi hari ini.
Sebagai bekas pemain dianggap sebagai abang oleh Zii Jia, Chong Wei berkata beliau tidak menyarankan supaya Zii Jia meninggalkan BAM mahupun terus kekal bersama badan induk itu berikutan tekanan dihadapi, kerana enggan mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat.
Bagaimanapun menurutnya beliau menasihatkan supaya pemain ranking ketujuh dunia berusia 23 tahun itu berbincang bersama BAM bagi mencapai titik pertemuan yang memenangkan kedua-dua pihak.
Katanya ini kerana hubungan beliau dengan BAM sepanjang 19 tahun bernaung di bawah badan induk itu juga tidak terlepas daripada diuji dengan masalah persefahaman, namun ia dapat ditangani menerusi perbincangan.
"Memang kita kadang-kadang ada alasan atau perkara yang tak 'ngam' (sesuai) dengan kita, tetapi bagaimana cara kita beri kerjasama kepada BAM, 'give and take', dan dalam apa yang kita buat bukan 100 peratus betul," kata bekas pemain nombor satu dunia itu.
Mengulas mengenai tekanan dalam sukan, Chong Wei berkata perkara itu adalah lumrah yang dihadapi semua atlet berstatus nombor satu dunia dalam apa jua bidang sukan.
"Bukan saya seorang saja, Federer (Roger Federer) dan Tiger Woods pun, semua sukan sama. Kalau kita tak boleh tahan dengan tekanan, peluang untuk capai satu tahap lebih baik iaitu jadi pemain nombor satu dunia adalah amat sukar," katanya.
Sementara itu seorang lagi bekas pemain nombor satu dunia Roslin Hashim menyifatkan keputusan Zii Jia itu adalah langkah berani dan pasti mempunyai sebab kukuh sehingga membuat keputusan yang mengejutkan.
"Pasti dia memang sudah fikir panjang tentang perkara ini, saya tidak melihat ia sebagai satu kesalahan dan perlu diletakkan di bahu Zii Jia saja, kita kena lihat secara keseluruhan apa punca sebenarnya," kata Roslin.
Semalam Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan Zii Jia membuat keputusan meninggalkan badan induk itu dan telah menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Jan lepas.
Mohamad Norza berkata antara faktor Zii Jia ingin keluar daripada badan induk itu kerana beliau bukan Chong Wei, tidak boleh tahan tekanan dan mahu mencapai apa yang diinginkan sendiri dengan ruang tanpa kekangan.
BAM dijangka mengumumkan keputusan berhubung kata putus Zii Jia itu esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Kalau mahu jadi pemain nombor satu negara dan dunia mesti sedia berdepan tekanan hebat, kata legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei. - Gambar fail/Instagram @leechongweiofficial

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2 ribu kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.27 juta kes.

Keanggotaan NATO | Biden alu-alukan permohonan Sweden & Finland
Presiden Joe Biden mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland untuk menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Jelas beliau, keanggotaan dua negara ini akan menguatkan lagi NATO, yang merupakan asas kepada keselamatan Amerika.

Keanggotaan NATO | Turki tetap bantah Sweden & Finland
Turki secara terbuka membantah bidaan Sweden dan Finland untuk menganggotai NATO. Presidennya, Recep Tayyip Erdogan bertegas akan kekal dengan pendirian itu.

Misi ke Marikh | NASA cari kewujudan makhluk asing di Marikh
Kenderaan robotik dilancarkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Perseverance mencapai detik penting dalam misi pencarian bukti kehidupan lampau di planet Marikh. Ia yang mendarat di planet merah pada Februari tahun lalu, bakal memulakan perjalanan mencari tapak sampel yang mungkin mengandungi kehidupan mikrob dan organik purba.

Krisis Ukraine | Bekalan makanan global terjejas akibat perang
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine kini menjejaskan bekalan makanan global. Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken mendakwa eksport Ukraine ke negara membangun terhenti, gara-gara penutupan Pelabuhan Laut Hitam.

Perpaduan | Program Jom Tengok Bola semai perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi sukan. Itu antara matlamat Kementerian Perpaduan Negara dalam program Jom Tengok Bola Harimau Muda menentang Vietnam di restoran Hakim di Shah Alam pada Khamis.

Chong Wei akui terima tawaran luar negara, belum berhasrat jadi jurulatih
Sebelum ini, media melaporkan Chong Wei menerima beberapa tawaran luar bagi melatih skuad badminton negara masing-masing.

Chong Wei ucap selamat berpuasa, sempat kongsi kisah lucu lepas beli kurma
Semoga Ramadan yang suci ini memberi rezeki, kekuatan baru kepada semua terutama ketika negara beransur ke fasa endemik.

Skuad lelaki negara dalam kedudukan terbaik untuk juarai BATC - Chong Wei
Chong Wei berpandangan, skuad lelaki perlu menyerlah ketika ini bagi memenangi kejohanan BATC.

Nak jadi pemain terbaik dunia kena tahan tekanan, nasihat Chong Wei kepada Zii Jia
Kalau mahu jadi pemain nombor satu negara dan dunia mesti sedia berdepan tekanan hebat, kata legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

Selesai secara baik, isu BAM-Zii Jia kini tumpuan dunia - Chong Wei
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia dapat diselesaikan secara baik.

Zii Jia letak jawatan, satu kerugian buat BAM - Roslin Hashim
Roslin Hashim berkata, BAM belum mempunyai pemain pelapis lain yang setanding untuk menggantikan Zii Jia buat masa ini.

'Siakap dari Langkawi pun sanggup saya belikan' - Ucapan ulang tahun perkahwinan Chong Wei cuit hati peminat
Chong Wei ungkap ucapan istimewa buat isteri tercinta dalam sempena ulang tahun kesembilan mereka.

Chong Wei dilantik Duta Pelancongan Sabah
Kerajaan negeri juga mencadangkan pembinaan Akademi Badminton Datuk Lee Chong Wei di Sabah untuk membantu industri sukan dan pelancongan tempatan.

Norainee, Bung Moktar, Chong Wei antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat TYT Sabah
Tiga individu ini antara 1,299 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena Ulang Tahun TYT Sabah ke-68 esok.

Piala Sudirman: Jangan ambil mudah cabaran England, Mesir - Chong Wei
Kedua-dua negara tersebut khususnya England boleh melakukan kejutan seandainya pasukan negara memandang ringan kemampuan lawan.