PUTRAJAYA: Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata mesyuarat jawatankuasa penilaian program itu akan membincangkan prestasi atlet ketika itu memandangkan proses kelayakan Olimpik Paris 2024 masih berjalan untuk badminton dan acara terjun.
Katanya, buat masa ini semua atlet dalam program RTG kekal sehingga penilaian semula Setpember ini walaupun ada sebilangan atlet mengalami prestasi kurang memberangsangkan seperti ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia.
"Mereka (atlet) perlu sokongan untuk datangkan hasil, sebab itu kita memberikan tempoh sehingga Sptember bagi memberi peluang kepada jurulatih melakukan tugas membimbing atlet," katanya kepada pemberita selepas meraikan ulang tahun ke-30 Peruncitan Sukan Al-Ikhsan, di sini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang prestasi Zii Jia yang ditunjukkan jalan keluar awal oleh pemain Hong Kong, Ng Ka Long, pada pusingan pertama Terbuka Korea 2023, pada Rabu.
Selain Zii Jia, Pandelela, antara atlet di dalam program RTG, gagal melayakkan diri ke separuh akhir acara 10 meter platform individu pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun, malam Selasa lalu.
Dalam perkembangan lain, Hannah, berkata Malaysia tidak berhasrat menjadi pengganti negeri Victoria di Australia yang menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Malaysia akan menganjurkan Sukan SEA 2027.
Semalam, media melaporkan Victoria membuat keputusan menarik diri sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel itu ekoran peningkatan kos penganjuran yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Hannah berkata mesyuarat jawatankuasa penilaian program itu akan membincangkan prestasi atlet ketika itu memandangkan proses kelayakan Olimpik Paris 2024 masih berjalan untuk badminton dan acara terjun. - Gambar fail/Bernama
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.