KUALA TERENGGANU: Persoalan mengenai kedudukan Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain dalam pasukan itu pada musim depan akan diketahui dua minggu lagi.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).
Menurut Ahmad Samsuri masa depan Nafuzi sama ada kekal mengendali skuad Penyu atau sebaliknya akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn Bhd selepas sambutan perayaan Deepavali pada 25 Okt ini.
"Saya ikuti perkembangan semasa yang berlaku. Berhubung kedudukan jurulatih TFC (Nafuzi) kita tengoklah 25 hari bulan ini.
"Perkembangan sukan ini macam pasaran saham juga, ada naik ada turun. Apa jua perkembangannya kami akan bincang dan putuskan (kontrak Nafuzi) dalam mesyuarat lembaga pengarah itu nanti," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kejohanan bola sepak Terengganu Football League di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini.
Difahamkan kontrak Nafuzi bersama skuad Penyu bakal tamat pada 30 Nov depan. Malah Nafuzi sebelum ini turut membayangkan bahawa musim ini adalah tahun terakhirnya membimbing pasukan Hitam Putih kerana tidak menerima sebarang tawaran lanjutan kontrak daripada pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd.
BACA: Nafuzi beri bayangan tinggalkan skuad Penyu
Perkara itu mencetuskan desakan daripada penyokong bola sepak Terengganu yang mahukan pengendali berusia 44 tahun itu terus kekal selepas kejayaannya membawa TFC ke pentas akhir Piala FA.
Susulan itu, Ahmad Samsuri meminta supaya peminat bola sepak negeri bersabar dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi kerana dibimbangi boleh menjejaskan tumpuan pasukan mengharungi Liga Malaysia (Liga M) yang masih belum tiba di penghujung.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri berkata pihaknya akan meneliti ganjaran yang sesuai sekiranya skuad Penyu layak beraksi di Piala Konfederasi Asia (AFC) tahun depan.
"Apabila ada pencapaian tertentu mestilah ada sesuatu insentif yang akan diberikan. Itu perkara biasa.
"Tetapi kami belum bincang apakah bentuk insentif itu. Yang penting pemain perlu buktikan kemenangan menentang Kedah malam ini untuk mendapat tiket ke Piala AFC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Nafuzi sebelum ini membayangkan bahawa musim ini adalah tahun terakhirnya membimbing pasukan Hitam Putih. - Foto Facebook/footballclubterengganu
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Letak jawatan jurulatih Kedah, Nafuzi Zain semakin hampir ke skuad B-23 negara?
Nafuzi Zain secara rasminya mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta.
Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi
Katanya, Sang Kenari dibimbing Nafuzi memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti seperti Lee Tuck dan Manuel Hidalgo.
Nafuzi yakin dapat bentuk pasukan mantap
Nafuzi Zain yakin dapat membentuk pasukan yang mantap dan dapat memberi saingan kepada pasukan lain dalam liga di negara ini.
ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.
Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023
Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan.
Nafuzi puas hati pencapaian Skuad Penyu
Nafuzi Zain tetap berbangga dengan pencapaian skuadnya musim ini walaupun misi untuk menjulang Piala Malaysia terkandas.
Nafuzi sah tidak bersama TFC musim depan
Ketua jurulatih kelahiran Kelantan itu, telah menolak tawaran lanjutan kontrak yang diberikan kepada beliau atas alasan tertentu.