KUALA LUMPUR: Natxo Insa pemain tengah berketuruan Sepanyol-Malaysia, yang gembira terpilih menyertai Harimau Malaya, bertekad untuk melakukan yang terbaiknya dalam membantu Malaysia, di Piala Asia 2023 di Doh,a Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari.
Dengan pengalaman 20 tahun sebagai pemain bola sepak profesional, pemain Johor Darul Ta'zim berusia 37 tahun itu berkata beliau kini lebih matang dan mampu mengekalkan ketenangannya pada perlawanan bertekanan tinggi, yang tentunya akan dapat dimanfaatkan oleh skuad bimbingan Kim Pan Gon itu.
"Saya gembira untuk berada di sini, ini kejohanan yang penting, jadi saya jangka saya akan dapat membantu pasukan untuk mencapai keputusan terbaik. Dengan pengalaman 20 tahun dalam bola sepak profesional, dari segi ketenangan, saya boleh lihat pergerakan dengan lebih baik tetapi secara jujurnya, kita mempunyai pasukan yang amat bagus.
"Kita ada pemain yang bagus, pemain muda, juga pemain lebih muda yang bermain banyak perlawanan tahun ini - mereka mempunyai pengalaman yang bagus, jadi saya rasa ia akan jadi yang terbaik untuk semua," katanya ketika ditemui sebelum pasukan berlepas ke Doha, Qatar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, malam tadi.
Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit, akan memulakan kempen Kumpulan E mereka, dengan menentang Jordan pada 15 Jan, diikuti Bahrain (20 Jan) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Januari.
Walaupun akan berhadapan dengan pasukan berkedudukan lebih tinggi dalam kumpulan itu, Natxo percaya Malaysia berpeluang untuk layak ke pusingan 16.
"Tentunya mereka (pasukan lawan) merupakan pasukan yang bagus, tetapi saya rasa kita juga mempunyai pasukan yang bagus... jadi kenapa kita tidak boleh melepasi peringkat kumpulan. Saya rasa kita perlu percaya dan lihat satu perlawanan demi satu perlawanan dan bekerja keras," katanya.
Hanya juara dan tempat kedua setiap kumpulan, bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik, akan layak ke pusingan 16 di Doha.
Malaysia tidak pernah layak ke pusingan 16 Piala Asia pada tiga edisi sebelum ini.
Sementara itu Natxo berkata pasukan kebangsaan ketika ini telah menjadi lebih profesional dari kesemua segi, berbanding kali terakhir beliau bersama pasukan itu pada 2018.
Natxo yang pernah bermain untuk Malaysia ketika pasukan itu seri 2-2 bersama Mongolis pada 2018 berkata apa yang telah dilakukan sekarang ini menjadikan pemain lebih baik dan boleh menjadi teladan untuk generasi baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
Natxo bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam membantu Malaysia, di Piala Asia 2023 di Dota Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari. - JohorSouthernTigers.my
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Natxo tekad bantu Harimau Malaya capai kejayaan di Qatar
Bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam membantu Malaysia, di Piala Asia 2023 di Dota Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari.