awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazmi Faiz mengaku sukarela tamatkan kontrak dengan kelab Portugal

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2013
12:41 MYT
Nazmi Faiz mengaku sukarela tamatkan kontrak dengan kelab Portugal
Selepas heboh mengenai kepulangan mengejut Nazmi Faiz Mansor ke tanah air, pemain itu tampil membuat penjelasan bagi menjawab persoalan yang bermain kalangan peminat sukan tempatan.
Namun pada sidang media yang diadakan di Kelab PKNS, punca sebenar kepulangannya belum terjawab.
Mengakui membuat keputusan mengejut menyertai pasukan berstatus kelab, PKNS Selangor, Nazmi nyata gembira dengan tindakannya itu."Ini juga bagus untuk masa depan saya dan tiada apa pun yang boleh dicakapkan mengenai saya dengan Biera Mar. Insyallah saya akan buat yang terbaik di PKNS".
Nazmi pada majlis yang sama turut mendedahkan statusnya kini bersama SC Biera-Mar."Saya dah bebas dari Biera-Mar. Saya takkan kembali ke sana. Yang ada yang mengatakan 6 bulan saya dilepaskan itu adalah tidak benar. Sekarang saya dah ikat kontrak bersama PKNS".
Ujar Nazmi,keputusan menamatkan kontrak selepas 6 bulan bersama Biera-Mar dibuat atas kerelaannya sendiri. Malah pemain berusia 19 tahun ini berharap dengan penjelasan itu, sebarang spekulasi mengenai statusnya tidak lagi diperbesarkan.
Terdahulu, pemain kelahiran Keramat ini mengejutkan arena bola sepak tempatan apabila membuat keputusan untuk bersama PKNS selepas enam bulan berkelana di Eropah.
Sementara itu, ejen yang bertanggungjawab membawa Nazmi ke Portugal, Marco Guimares turut tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai punca pemain itu pulang ke Malaysia.
Malah dia menyifatkan laporan mengenai tunggakan gaji yang sepatut diterima Nazmi semasa di Biera-Mar hanyalah khabar angin. " Ia adalah khabar angin. Ada yang betul dan ada yang tidak. Kita tidak mahu bercakap mengenai gaji dan Biera-Mar".
Sebelum ini tersebar cerita bahawa Nazmi tidak mendapat gaji sepatutnya dan terpaksa menerima bantuan kewangan daripada keluarganya. 
Juga Baca:
Keputusan Nazmi satu langkah ke belakang Kepulangan Nazmi sangat merugikan FAM mahu Nazmi menjelaskan keputusan Nazmi Faiz kini milik PKNS Selangor Kim Swee terkejut dengan kepulangan Nazmi Akmal: Ketepikan soal peribadi, Nazmi Beira Mar lepaskan Nazmi
Topic Berkaitan
#Biera Mar
#Nazmi Faiz
#pkns selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan