PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi memiliki potensi cerah untuk meraih tiket Divisyen Satu Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) Amerika Syarikat (AS).
Bekas jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berkata, ia berdasarkan pencapaian membanggakan Azeem apabila melakar catatan 10.25 saat (s) untuk meraih tempat ketujuh acara 100 meter (m) Kejohanan SEC Outdoors 2023 di Louisiana pada Ahad.
Beliau berkata, bagi melayakkan diri ke pentas lebih berprestij NCAA, Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100m perlu berada dalam kedudukan 14 teratas pada kejohanan regional NCAA.
“Saya optimis Azeem akan layak dan berada dalam kelompok 14 terbaik semasa kejohanan regional NCAA. Ada satu lagi kejohanan regional NCAA di Florida minggu depan.
“Kejohanan itu akan menjadi pentas terbaik buat Azeem untuk melayakkan dirinya ke NCAA. Kejohanan SEC dan regional adalah platform kelayakan untuk bertanding di NCAA sebenar,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.
Divisyen satu dikhaskan bagi kelompok atlet terbaik dengan atlet profesional terbanyak hadir dalam kategori itu, manakala divisyen dua mempunyai beberapa atlet yang baik dan segelintir yang boleh bersaing dengan divisyen satu peringkat rendah.
Pada Kejohanan SEC Outdoors 2023 di Louisiana, Azeem mencatat masa 10.11s ketika menamatkan peringkat saringan di tempat kedua di belakang rakan sepasukannya dari Universiti Auburn, Favour Ashe.
Ia adalah catatan tahunan terbaik Azeem pada tahun ini dan semakin hampir untuk menyamai rekod 100m kebangsaan iaitu 10.09s yang dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia tahun lalu.
Mengulas lanjut, Amir juga yakin pelari kelahiran Perak berusia 19 tahun itu akan melalui proses persediaan yang rapi sebelum menyertai sesuatu kejohanan di bumi AS.
“Saya percaya proses latihan yang dilalui di Universiti Auburn menjadikan Azeem lebih matang dan bersedia menghadapi cabaran.
“Saya juga optimis jurulatih, Ken Harnden telah membuat perancangan yang rapi sebagai persediaan buat Azeem untuk layak ke NCAA,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 16 2023
Azeem merekodkan catatan masa terbaik 10.11s pada peringkat saringan Kejohanan SEC Outdoors 2023 di Louisiana, Ahad lalu. - Foto Sinar Harian
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.
Sukan Asia Hangzhou: Azeem muncul ketiga terpantas Asia
Pelari negara, Azeem Fahmi, menamatkan acara 100 meter lelaki di kedudukan podium apabila meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.
'Beri Azeem masa'
Bekas pelari kebangsaan Nazmizan Muhammad berharap Azeem tukar pendekatan memperlahankan rentak larian ketika hampir garisan penamat.
KBS harap Azeem konsisten pamer aksi terbaik - Adam Adli
Katanya, walaupun terkandas di peringkat saringan keempat kejohanan itu, pujian tetap harus diberikan kepada atlet muda tersebut.
Azeem kandas awal di Budapest
Azeem menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh daripada keseluruhan lapan peserta dengan catatan masa 10.26s.
Azeem miliki perwatakan luar biasa, kata jurulatih
Gagal selindung rasa kecewa di wajahnya selepas memastikan kedudukan lima terbaik Asia membuatkan Azeem tidak teragak-agak membuat janji.
Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.
Sukan Olimpik: Azeem Fahmi akan layak ke Paris 2024
Amir Izwan tidak menolak kemungkinan Azeem Fahmi hanya memerlukan sedikit masa lagi untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris.
Azeem Fahmi pulang ke Malaysia, hitung detik lebur rekod kebangsaan
Adakah peminat olahraga tanah air berpeluang menyaksikan pelari pecut muda sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan 100 meter (m) miliknya di halaman sendiri?.
Muhammad Azeem tamatkan aksi NCAA di tempat ke-11
Muhammad Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.04 saat pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hodges.