awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m

Astro Arena
Astro Arena
14/04/2024
04:00 MYT
NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m
Azeem mengharumkan nama Universiti Auburn menerusi kuartet yang turut diperkuatkan oleh Favour Ashe, Dario Matau dan Kanyinsola Ajayi. - Foto Stadium Astro
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, cemerlang apabila membantu pasukannya merakamkan masa terpantas 38.64 saat untuk menggondol tempat pertama acara 4x100m Kejohanan Trek dan Padang, Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di The Tom Jones Memorial, Florida, sebentar tadi.
Kejayaan itu menyaksikan Azeem yang sedang menuntut di luar negara mengharumkan nama Universiti Auburn menerusi kuartet tersebut yang turut diperkuatkan oleh Favour Ashe, Dario Matau dan Kanyinsola Ajayi.
Mereka mengatasi Louisiana State University (LSU) dengan jurang 0.29s sementara University of Kentucky di tempat ketiga (38.96s).
Watch the Auburn men's 4x100m quartet of Azeem Fahmi, Favour Ashe, Dario Matau & Kanyinsola Ajayi run a solid 38.64s at the Tom Jones Invitational. They beat LSU in 2nd with 38.93s.pic.twitter.com/IsW2G50w9u
— Track & Field Gazette (@TrackGazette) April 13, 2024
Pelari berumur 20 tahun itu kemudiannya melakar 10.44s dalam 100m untuk menduduki tempat ke-22 dalam kalangan 75 peserta.
Ia secara tidak langsung meletakkannya sebagai pelari kedua terpantas 100m untuk Universiti Auburn.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Muhammad Azeem Mohd Fahmi
#Kejohanan Trek dan Padang
#Universiti Auburn
#NCAA
#pelari pecut negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan