awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Newcastle hilang khidmat Trippier gara-gara retak tulang kaki

Astro Arena
Astro Arena
15/02/2022
04:16 MYT
Newcastle hilang khidmat Trippier gara-gara retak tulang kaki
Trippier terpaksa dikeluarkan dalam babak kedua ketika The Magpies menewaskan Aston Villa 1-0 hujung minggu lalu, di mana dia turut bertindak sebagai penjaring tunggal menerusi sepakan percuma gemilangnya. - Foto Astro Arena
PERTAHANAN kanan Newcastle United, Kieran Trippier, terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan retak tulang kaki.
Trippier merupakan salah seorang daripada lima pemain baru pasukan itu yang di datangkan pada bulan lalu -- selain Dan Burn, Matt Targett, Bruno Guimaraes dan Chris Wood yang turut ditandatangani pasukan bimbingan Eddie Howe itu.
Pemain kebangsaan England berkenaan terpaksa dikeluarkan dalam babak kedua ketika The Magpies menewaskan Aston Villa 1-0 hujung minggu lalu, di mana dia turut bertindak sebagai penjaring tunggal menerusi sepakan percuma gemilangnya.
Ia merupakan jaringan kedua Trippier bersama Newcastle selepas turut menemui sasaran sewaktu menewaskan Everton 3-1 pada Selasa lalu.
Pasukan bimbingan Howe itu kini telah merekodkan tiga kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kini dibezakan tiga mata dengan kedudukan tiga terbawah.
Newcastle dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa ujian imbasan yang dilakukan selepas perlawanan itu menujukkan Trippier mengalami keretakan di tulang kaki kirinya.
Bagaimanapun, tiada sebarang tempoh ditetapkan bagi pemulihan pemain berusia 31 tahun itu.
"Trippier terpaksa diketepikan kelab ini dalam perlawanan seterusnya selepas mengalami retak tulang kaki ketika kemenangan 1-0 ke atas Aston Villa pada Ahad lalu," kata Newcastle dalam laman web rasmi mereka.
"Pemain berusia 31 tahun itu menjaringkan gol tunggal di St James park yang membantu kemenangan ketiga berturut-turut Magpies dalam EPL tetapi terpaksa dikeluarkan pada awal babak kedua kerana kecederaan kaki.
"Trippier terus menjalani ujian X-ray selepas perlawanan itu dan imbasan mendapati dia mengalami keretakan di tulang metatarsal kelima di kaki kirinya.
"Seluruh kelab ini mendoakan Kieran agar cepat sembuh."
Topic Berkaitan
#Kieran Trippier
#Liga Perdana Inggeris
#Newcastle United
#retak tulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan