awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neymar kembali kurang sebulan lagi

Astro Arena
Astro Arena
31/03/2018
02:03 MYT
Neymar kembali kurang sebulan lagi
Neymar dilaporkan berkemungkinan besar terlepas Piala Dunia kerana turut mengalami kecederaan pada bahagian buku lali. - Gambar fail
PENGURUS Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery, berkata Neymar bakal kembali ke Paris dalam masa dua atau tiga minggu lagi.
Bintang Brazil itu menjalani proses pemulihan di kampung halamannya selepas mengalami keretakan tulang kaki ketika aksi Ligue 1 bertemu Marseille dalam perlawanan yang memihak kepada PSG 3-0.
Dia dilaporkan berkemungkinan besar terlepas Piala Dunia kerana turut mengalami kecederaan pada bahagian buku lali.
Namun, Emery percaya Neymar semakin hampir untuk kembali beraksi walaupun sudah pasti dia akan terlepas aksi final Piala Liga Perancis menentang Monaco.
“Saya ada bercakap dengannya minggu ini. Dia tampak bagus, hanya diam dan kami berbincang soal perlawanan akhir.
“Dia akan menontonnya dan kembali ke Perancis dalam masa dua atau tiga minggu lagi,” kata Emery.
Neymar juga dijangka terlepas aksi separuh akhir Piala Perancis menentang Caen pada 18 April tetapi jika ke final, peluang tetap ada untuknya beraksi pada 8 Mei.
Brazil juga berdepan aksi pemanas badan sebelum bermula Piala Dunia apabila menentang Croatia dan Austria sebelum memulakan saingan di Russia bertemu Switzerland pada 17 Jun.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Brazil
#Neymar
#Paris Saint-Germain
#pemain
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan