SEPANG: Atlet badminton perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong yakin dia berada di landasan terbaik untuk beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun yang akan bermula pada 22 hingga 28 Ogos ini.
Menyifatkan kejayaan merangkul perak dalam kemunculan sulungnya di Sukan Komanwel Birmingham 2022 sebagai persembahan terbaiknya, beliau bagaimanapun mengakui terdapat beberapa perkara termasuk aspek stamina perlu ditambah baik.
"Masa (terlalu) singkat (untuk) ke kejohanan tersebut (dan) saya rasa saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan jurulatih apa yang akan saya fokus dalam masa berbaki untuk ke kejohanan dunia ini," katanya ketika ditemui pemberita sebaik tiba dari Birmingham di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
Berdasarkan undian dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di laman sesawang, Tze Yong yang layak pada saat akhir susulan penarikan diri pemain dari negara lain akan membuka tirai kempen bertemu juara Masters Malaysia dari Indonesia, Chico Aura Dwi Widoyo di pusingan pertama.
Jika menang, beliau diramal akan berdepan pemain Jepun, Kanta Tsuneyama di pusingan kedua sebelum dijangka bertemu pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen di pusingan ketiga.
Dalam pada itu, atlet kelahiran Johor itu berharap beliau dapat mengekalkan momentum cemerlang pada penampilan sulungnya untuk bersaing dengan pemain elit dunia di Tokyo.
Ditanya mengenai sasarannya di kejohanan berprestij itu, Tze Yong berkata beliau tidak mahu terlalu memikirkannya sebaliknya mahu fokus pada perlawanan selain berazam mahu mempamerkan prestasi terbaik.
Pada aksi di Birmingham, Tze Yong yang menggantikan Lee Zii Jia berjaya menghadiahkan pingat perak kepada negara dalam kemunculan sulungnya di Sukan Komanwel Birmingham 2022, selain turut menghadiahkan emas selepas beraksi cemerlang dengan menang semua perlawanan dalam acara berpasukan campuran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
Tze Yong akan membuka tirai kempen bertemu juara Masters Malaysia dari Indonesia, Chico Aura Dwi Widoyo di pusingan pertama. - Foto fail/Badminton Association of Malaysia
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota!
Fanatik badminton dunia akan terlepas aksi menarik dan lakaran emosi tersendiri ditampilkan oleh bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini