awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol hampiri misi, Beng Hee buat kejutan

Fadzrie Hazis
Fadzrie Hazis
28/03/2013
16:00 MYT
Nicol hampiri misi, Beng Hee buat kejutan
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengesahkan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Kuala Lumpur 2013, apabila mengatasi lawan dari Mesir Omneya Abdel Kawy.
Tampil sebagai pilihan utama kejohanan, Nicol membuktikan kemantapan permainan apabila mengatasi lawannya itu dalam straight set. Hanya 46 minit diperlukan Nicol untuk meraih kemenangan 11-9, 11-7 dan 11-8 ke atas Moneya.
Cabaran seterusnya yang menanti Nicol adalah seteru utamanya, Jenny Duncalf dari England.
Ujar Nicol, dia bakal mengambil pendekatan waspada berdepan pilihan ke-8 itu bagi memastikan misi memburu gelaran ke-9 tercapai.
"Bagi saya, setiap pemain yang bersaing pada saingan kali ini, mempunyai kemahiran yang tinggi.
"Justeru, saya perlu mengekalkan momentum terbaik apabila berdepan Jenny (Duncalf)," kata Nicol.
Turut mara ke pusingan kedua adalah pilihan utama lelaki negara Ong Beng Hee.
Pemain berusia 33 tahun ini mara selepas lawannya yang juara bertahan, Omar Mosaad menarik diri daripada saingan ekoran kecederaan hamstring.
Beng Hee mara ketika mendahului saingan dengan 9-11,11-6,11-6 dan 9-4.
Sementara itu hasrat Low Wee Wern untuk melangkah lebih jauh dalam saingan kali ini lebur apabila tewas di tangan Madeline Perry.
Tewas 12-10 di set pertama, Wee Wern bangkit memberikan tentangan untuk meraih kemenangan di dua set berikutnya, 11-7, 11-8. Persembahan cemerlang Wee Wern bagaimanapun terbantut ekoran kecederaan kaki yang dialami.
Peluang itu digunakan sebaik mungkin Perry untuk memastikan kemenangan dengan keputusan 11-8, 11-4 ke atas Wee Wern.
Mohd Nafiizwan Adnan turut kandas apabila kalah kepada pemain Sepanyol, Borja Golan 11-7, 8-11, 11-7 dan 11-4.
Topic Berkaitan
#Nicol
#Skuasy
#Terbuka KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan