Pemain nombor 2 dunia Datuk Nicol David mara ke suku akhir kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat 2015 yang berlangsung di Daskalakis Athletic Center, Drexel University di Philadelphia, Amerika Syarikat, Selasa.
Menurut laman sesawang rasmi kejohanan www.usopensquash.com juara bertahan tiga kali itu berada pada laluan yang baik untuk mempertahankan kejuaraan selepas kalah kepada juara junior dunia, Nouran Gohar pada Terbuka China, Sept lalu.
Nicol hanya memerlukan 34 minit untuk mengalahkan pemain muda Mesir itu 11-6, 11-7 dan 11-7.
"Beliau seorang pesaing yang kuat dan melakukannya dengan sangat baik sejak beberapa bulan kebelakangan," kata Nicol seperti yang dipetik dalam laman sesawang kejohanan.
Kemenangan tersebut membuka pengulangan kepada akhir Terbuka AS 2013 apabila Nicol bakal menentang pemain England, Laura Massaro pada Khamis dan pertembungan tersebut merupakan bukti kehebatan kepada jelajah ini.
"Sangat hebat. Seperti yang boleh dilihat setiap orang memilih permainan mereka. Berdepan dengan Laura di suku akhir merupakan hadiah kepada penonton," kata Nicol.
Laura menempah tempat di suku akhir dengan mengalahkan pemain tuan rumah, Amanda Sobhy 11-8, 7-11, 11-4 dan 11-9 dalam tempoh 49 minit.
Bernama
Wed Oct 14 2015
Nicol hanya memerlukan 34 minit untuk mengalahkan pemain muda Mesir Nouran Gohar 11-6, 11-7 dan 11-7. - Gambar Fail
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Ribuan penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Tel Aviv pada malam sabtu, menuntut perjanjian untuk membebaskan tebusan di Gaza.
Delegasi Hamas di Kaherah mahu jayakan gencatan senjata
Delegasi Hamas tiba di Kaherah pada Sabtu untuk bertemu pasukan pengantara dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.
Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.
Merdeka Award Trust 2023 terus mengangkat budaya cemerlang
MAT ditubuhkan untuk memberi pengiktirafan kepada individu serta organisasi cemerlang yang menyumbang kepada pertumbuhan negara melalui hasil kerja dan pencapaian mereka yang luar biasa.
Nicol David, Sheikh Muszaphar terima Anugerah The Knights 2023
Anugerah The Knights 2023 bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan.
Nicol terima anugerah Reader's Digest 2023
Beliau bangga diundi dalam kategori ini sehingga membuktikan kerjaya, ketelusan dan perwakilannya dipercayai oleh semua rakyat Malaysia.
Lakaran sejarah aktres Michelle Yeoh harap jadi inspirasi atlet negara - Nicol
Datuk Nicol David berharap kejayaan bersejarah Tan Sri Michelle Yeoh akan memberi inspirasi kepada atlet Malaysia merangkul Anugerah Sukan Dunia Laureus yang berprestij pada satu masa nanti.
Tunku Imran yakin Little Legends mampu lahirkan bintang skuasy masa depan
Program Little Legends diketuai Nicol selaku ketua jurulatih dan bekas pemain bertaraf dunia Mariana de Reyes.
'Saya tak rindu beraksi, fokus lahirkan pelapis negara' - Nicol David
Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengakui tidak pernah terlintas untuk kembali bergiat aktif sebagai pemain walaupun sebelum ini ia sebati dalam dirinya selama 20 tahun.
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.
Jangan beri tekanan kepada Aifa Azman ganti Nicol David - Ahmad Faizal
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan memberi tekanan kepada Aifa Azman untuk menggantikan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David.