Norza dilantik Pengerusi Suruhanjaya Etika ISSA - MOM

Pelantikan Norza (kiri) mendapat perkenan Presiden ISSA, Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal, yang juga Menteri Sukan Arab Saudi serta Presiden Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Arab Saudi. - Foto MOM
KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Etika Persatuan Sukan Perpaduan Islam (ISSA) berkuat kuasa semalam.
Ringkasan AI
- Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Etika Persatuan Sukan Perpaduan Islam (ISSA) berkuat kuasa semalam dengan perkenan Presiden ISSA, Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal.
- Suruhanjaya ini bertanggungjawab menyelia etika, tatakelakuan dan tadbir urus sukan dalam kalangan 57 negara anggota ISSA, selaras dengan matlamat memupuk perpaduan dan penganjuran Sukan Perpaduan Islam.
- Pelantikan ini dibuat sebagai pengiktirafan terhadap pengalaman luas dan komitmen Norza dalam tadbir urus sukan; beliau turut memegang jawatan penting di OCA, BAM, Badminton Asia dan BWF.
Suruhanjaya Etika ISSA ditubuhkan bagi menyelia dan memantau hal berkaitan etika, tatakelakuan serta tadbir urus sukan dalam kalangan negara anggota, selaras dengan matlamat memperkukuh Pergerakan Sukan Islam dan penganjuran temasya Sukan Perpaduan Islam yang disertai 57 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) anggota ISSA.
"Norza, yang kini memegang jawatan Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Zon Asia Tenggara; Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia (BAM); Presiden Kehormat Badminton Asia; serta Ahli Majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF), diberikan kepercayaan oleh kepimpinan ISSA untuk mengetuai Suruhanjaya Etika yang baru ditubuhkan itu.
"Pelantikan ini dibuat sebagai pengiktirafan terhadap pengalaman luas beliau, integriti tinggi serta komitmen teguh terhadap prinsip etika dan tadbir urus terbaik dalam sukan," menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya itu turut dibantu dua tokoh berpengalaman, iaitu Dr Boubakari Maiga, Ketua Jabatan Belia dan Sukan OIC, serta Shaikha Dr Hussa binti Khalid Al-Khalifa, Ahli Lembaga Pengarah Jawatankuasa Olimpik Bahrain.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami