KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022 yang dijadual berlangsung Selasa ini.
Naib Presiden SAM Hazreen Mubarak berkata Mohamad Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menunjukkan ketegasan yang jelas terhadap isu berkaitan pentadbiran dan pengurusan badan sukan kebangsaan.
"Bakat kepimpinan dimiliki beliau tidak dapat disangkal lagi. Kami berharap dengan anugerah ini, akan memberikan motivasi kepada Tan Sri Mohamad Norza untuk terus berusaha memartabatkan badan sukan di negara ini," katanya dalam kenyataan SAM hari ini.
Mohamad Norza menggalas jawatan Presiden BAM bermula 2017 menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang berundur atas faktor kesihatan.
Sepanjang memimpin badan induk itu, Malaysia meraih pelbagai kejayaan bermakna di pentas antarabangsa antaranya pencapaian bersejarah beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menjadi wakil negara pertama menjuarai Kejohanan Dunia pada tahun lepas.
Pada masa sama, inisiatif beliau memperkenalkan indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta penilaian berdasarkan merit ke atas pemain senior menyaksikan kemunculan bakat muda seperti pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, Aaron-Wooi Yik dan pasangan beregu wanita Pearly Tan-M.Thinaah.
Ketika menerajui MOM pula, Mohamad Norza memperkenalkan pelbagai inisiatif antaranya kriteria pemilihan yang telus untuk atlet ke temasya sukan dan penjanaan semula Suruhanjaya Atlet (AC) MOM termasuk pemberian geran dan penyertaan wakil AC dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM.
Kepimpinan Mohamad Norza tidak terhad di peringkat kebangsaan apabila turut diangkat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sukan Untuk Semua Majlis Olimpik Asia (OCA) selain dipilih sebagai Presiden Kehormat Badminton Asia (BAC).
Selain mengiktiraf atlet yang cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun lepas, turut akan dirai pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022 ialah wartawan sukan, yang berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM50,000.
Anugerah dibahagi kepada enam kategori iaitu Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.
Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori Kewartawanan Sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel dengan hadiah wang tunai RM7,000 berserta trofi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022 yang dijadual berlangsung Selasa ini. - Foto Facebook SAM
Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36
Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tular pula isu hutang, calon PN enggan jawab
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa.
UUM dan tiga wilayah di Selatan Thailand rintis kerjasama pendidikan tinggi
Kerjasama yang diberi keutamaan ialah latihan perguruan dan kursus berkaitan bahasa Inggeris bagi pelajar dan tenaga pengajar.
Perkembangan terkini Jelajah Microsoft Build: AI Day
Acara sehari secara percuma yang direka untuk membantu pembangun meneroka peluang baharu dengan kecerdasan buatan (AI) serta memajukan kemahiran mereka dengan AI dan Microsoft Azure.
[TERKINI] Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down, yang juga dikenali dengan nama Bella, tiga tahun lalu.
Harus renjis, bilas kenderaan dengan air ruqyah - Mufti
Perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan tidak bertentangan dengan syariat.
WEF: Emerging economies: How to fix the debt problem?
Norza dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2022
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan.