awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oceanman Pulau Redang kembali semula pada 26-27 Ogos

Bernama
Bernama
08/07/2023
22:27 MYT
Oceanman Pulau Redang kembali semula pada 26-27 Ogos
Saingan OCEANMAN Redang 2023 terdiri daripada lima kategori berasingan iaitu Berpasukan (3x500m), Kanak-kanak (500m), Pecut (2km), Separuh OCEANMAN (5km) dan kategori utama iaitu OCEANMAN (10km).
KUALA LUMPUR: Kejohanan renang perairan terbuka, OCEANMAN Redang 2023, kembali semula di perairan Malaysia selepas 2018 dengan edisi kali ini berlangsung di Pulau Redang, Terengganu, pada 26 dan 27 Ogos ini.
Penganjur, OCEANMAN Redang Malaysia, dalam kenyataan memaklumkan, saingan terdiri daripada lima kategori berasingan iaitu merangkumi acara Berpasukan (3x500m), Kanak-kanak (500m), Pecut (2km), Separuh OCEANMAN (5km) dan kategori utama iaitu OCEANMAN (10km).
Menurutnya, setakat ini pihaknya telah menerima lebih 400 penyertaan daripada pelbagai negara dan menjangka angka penyertaan akan meningkat dengan tawaran diskaun istimewa untuk pendaftaran.
Selain menawarkan pakej menarik, acara itu juga dijangka menarik peserta yang mencari faedah kesihatan, fizikal dan mental dengan menyertai pertandingan renang air terbuka itu.
"Tambahan pula, sukan ini telah menghasilkan keajaiban untuk meningkatkan kesejahteraan mental keseluruhan individu," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, peserta berpengalaman dan pertama kali menyertai saingan di perairan terbuka tidak perlu bimbang dengan langkah keselamatan kerana penganjur mewajibkan penggunaan pelampung keselamatan,menyediakan khidmat bantuan perubatan dan kecemasan dilokasi.
"Ia seolah-olah menakutkan tetapi dengan latihan yang mencukupi sebelum ini sesiapa sahaja akan dapat menikmati keseronokan penampilan pertama pada pertandingan di perairan terbuka," katanya.
Mengenai pengalamannya menyertai kejohanan OCEANMAN sebelum ini, Allen berkata: "Apa yang saya sedar ialah berenang di lautan boleh menyeronokkan tetapi juga mencabar pada masa yang sama. Walaupun anda seorang perenang yang hebat, berenang di lautan adalah berbeza kerana anda perlu melihat untuk arah anda sendiri dan tidak membiarkan ombak menolak anda daripada sasaran anda".
Pulau Redang dikenali sebagai antara pulau terindah di Malaysia dan tempat ini akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bukan sahaja kepada peserta bahkan ahli keluarga dan rakan-rakan yang datang untuk memberi sokongan.
Menurut penganjur, acara tersebut turut mendapat sokongan padu daripada penggiat pelancongan Terengganu.
Dalam kenyataan tersebut, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Terengganu, Suaibah Harun berkata bahawa kadar tempahan penginapan telah meningkat menjelang acara itu.
"Kami berbangga menjadi sebahagian daripada acara berprestij di Pulau Redang ini. Kami yakin pulau pelancongan ini mampu menggamit pengunjung serta peserta antarabangsa," katanya.
Mereka yang berminat untuk menyertai kejohanan OCEANMAN boleh mendaftar melalui laman web http://oceanmanswim.com/redang-malaysia dan tawaran istimewa untuk peserta Malaysia melalui http://www.atlantians.academy/oceanmanredang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kejohanan renang
#OCEANMAN Redang 2023
#Pulau Redang
#perairan terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan