SUKAN
Olimpik: Ada bagi nasihat, tapi bukan pembuat keputusan - WHO
Ryan berkata, WHO sebelum ini secara rutin memberikan nasihat kepada negara-negara untuk acara seperti Piala Dunia dan menunaikan haji di Arab Saudi. - Gambar fail
PENGARAH Program Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Mike Ryan memaklumkan bahawa agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberikan nasihat teknikal kepada Jepun dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
Bagaimanapun, keputusan sama ada akan meneruskan Olimpik atau tidak adalah di luar komitmen mereka.
Ryan berkata, WHO sebelum ini secara rutin memberikan nasihat kepada negara-negara untuk acara seperti Piala Dunia dan menunaikan haji di Arab Saudi, tetapi keputusan tetap terserah kepada kerajaan memerintah.
“Kami adalah pemerhati bebas IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa). Oleh itu, kami tidak menyumbang kepada proses membuat keputusan sama ada untuk meneruskan atau tidak Sukan Olimpik, tetapi kami ada memberikan input dan nasihat teknikal.
“Kami mendorong pendekatan pengurusan risiko untuk acara mengumpulkan secara besar-besaran dan telah mengeluarkan panduan mengenai hal itu dan juga mengemas kini panduan tersebut.
"Berkenaan dengan Olimpik di Jepun itu sendiri, ada tuan rumah, ada kerajaan dan terutama kementerian kesihatan, buruh dan kesejahteraan.
“Kerana Olimpik tidak hanya diadakan di sebuah bandar raya, ia sering melibatkan orang yang datang dan masuk dari seluruh negara, melibatkan beberapa lapangan terbang, pelbagai entiti nasional,” tegasnya.
BACA: Kerajaan Jepun akan batal Sukan Olimpik akibat COVID-19 - Laporan
BACA: "Olimpik Tokyo batal? Atlet bukan berlatih untuk temasya itu sahaja" - MSN
BACA: Jepun nafi laporan mengenai pembatalan Olimpik Tokyo
Kerajaan Jepun secara terbuka berkeras untuk meneruskan Olimpik yang tertangguh itu pada musim panas ini, walaupun ada tinjauan dilakukan yang menunjukkan 80 peratus rakyat Jepun mahu Olimpik dibatalkan, ditangguhkan atau tidak diadakan langsung.
Bagaimanpun, Ryan benar-benar yakin bahawa Jepun, yang sedang berjuang dengan peningkatan jangkitan COVID-19, dapat menurunkan kadar kes kembali.

#PBB
#WHO
#Piala Dunia
#Olimpik
#COVID-19
#kesihatan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Kementerian Kesihatan
#Tokyo
#Jepun
#kerajaan
#sukan
#Arab Saudi
#Olimpik Tokyo
#Sukan Olimpik
#nasihat
#Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa