awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Musim Sejuk: IOC perjelas tiada unsur 'pilih kasih'

Astro Arena
Astro Arena
17/02/2022
05:17 MYT
Olimpik Musim Sejuk: IOC perjelas tiada unsur 'pilih kasih'
Valieva memenangi emas luncur berpasukan minggu lalu sebelum ujian positifnya didedahkan dan berada di landasan untuk memenangi gelaran perseorangan hari ini selepas mendahului dalam rutin program pendek Selasa lalu. - Foto Astro ARENA
JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) menafikan menerapkan 'pilih kasih' terhadap atlet Amerika Syarikat dan Russia di tengah-tengah skandal doping Kamilia Valieva.
Atlet remaja Russia, Valieva, secara kontroversi dibenarkan untuk memenangi emas kedua Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing minggu ini walaupun diuji positif menggunakan dadah untuk meningkatkan prestasi, trimetazidine Disember lalu.
Valieva memenangi emas luncur berpasukan minggu lalu sebelum ujian positifnya didedahkan dan berada di landasan untuk memenangi gelaran perseorangan hari ini selepas mendahului dalam rutin program pendek Selasa lalu.
Atlet berusia 15 tahun itu diberi lampu hijau untuk bertanding di Stadium Tertutup Ibu Kota kerana 'keadaan luar biasa', sebahagian besarnya disebabkan oleh usianya yang memastikan dia dianggap sebagai 'orang yang dilindungi' di bawah peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
BACA: Olimpik Musim Sejuk: ITA sahkan Valieva positif bahan terlarang
Pelari pecut Amerika, Sha'Carri Richardson, berasa marah dengan keputusan itu, kerana dia dilarang daripada bertanding di Sukan Olimpik Tokyo tahun lepas selepas disahkan positif ganja.
Richardson mendakwa telah menghisap ganja selepas mendapat tahu daripada wartawan bahawa ibu kandungnya telah meninggal dunia.
Dia memetik diskriminasi kaum kerana tidak dapat memenangi emas di Jepun dan mempersoalkan bagaimana ujian positifnya terungkap begitu cepat berbanding Valieva.
Failed in December and the world just now know however my resulted was posted within a week and my name & talent was slaughtered to the people.
— ShaCarri Richardson (@itskerrii) February 14, 2022
Jurucakap IOC, Mark Adams, senakan menyatakan bahawa kedua-dua kes itu tidak boleh dibandingkan.
“Anda tidak boleh bercakap tentang 'pilih kasih' berhubung dengan atlet Russia dan Amerika, setiap kes adalah individu,” katanya.
"Ujian doping positif Richardson ditemui pada 19 Jun, dan keputusannya diterima sebelum permulaan Sukan Olimpik. Dia digantung selama sebulan. Tiada persamaan antara kedua-dua kes ini."
Adams mengesahkan akan terdapat tanda bintang terhadap pertandingan skating wanita di Beijing sehingga kes doping Valieva selesai dan menyatakan simpati terhadap remaja itu.
“Sukan ini, yang belum tamat, membabitkan isu pada bulan Disember,” katanya. "Dia berada di tengah-tengah banyak spekulasi. Ia pasti sangat sukar untuknya.
"Kami sudah tentu berhubung dengan pasukan, kebajikannya adalah keutamaan pasukan, dan jelas sekali kami sangat berhati-hati dengan itu tetapi hanya banyak yang boleh kami lakukan."
Topic Berkaitan
#IOC
#Kamilia Valieva
#doping
#pilih kasih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan