awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Kemaraan Tang Jie-Ee Wei terhenti di suku akhir

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2024
22:30 MYT
Olimpik Paris 2024: Kemaraan Tang Jie-Ee Wei terhenti di suku akhir
Beregu campuran badminton negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika beraksi menentang beregu campuran Korea Selatan, Kim Won Ho dan Jeong Na Eun. - Foto BERNAMA
PARIS: Harapan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke pusingan separuh akhir Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila tewas menentang gandingan nombor lapan dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, dengan keputusan 19-21, 14-21.
Meskipun berdasarkan rekod pertemuan Tang Jie-Ee Wei mempunyai kelebihan memenangi dua aksi terakhir daripada tiga perlawanan ke atas Won Ho-Na Eun.
Dalam aksi penuh sengit yang berakhir awal pagi Khamis, di Porte de La Chapelle Arena, pasukan lawan tampil corak permainan agresif memaksa regu negara berhempas pulas meraih mata demi mata.
Namun, pujian tetap harus diberikan kepada pasangan beregu ini selepas berjaya menjinakkan pasangan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China dalam aksi kumpulan.
Pertarungan itu menyaksikan beregu campuran negara yang menduduki ranking kesembilan dunia itu berjaya menjadi juara Kumpulan D, dengan rekod 'licin' tanpa kalah yang turut berjaya menewaskan pasangan Singapura Terry Hee-Jessica Tan dan Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai.
Untuk rekod, rekod terbaik skuad beregu campuran negara di Sukan Olimpik adalah di Rio pada 2016, apabila Chan Peng Soon-Goh Liu Ying merangkul perak pada acara itu.
Regu itu sekali lagi berentap di Tokyo 2020, namun sekadar terkandas di pusingan kumpulan.
Aksi suku akhir Olimpik kali ini bakal menyaksikan pertembungan dua beregu China melibatkan pilihan pertama Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong melawan Yan Zhe-Dong Ping, manakala Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun mencabar Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand.
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
#suku akhir
#Kim Won Ho-Jeong Na Eun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan