awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Mohd Azizulhasni terpaksa 'korban' demi pingat emas pertama

Bernama
Bernama
22/05/2024
13:45 MYT
Olimpik Paris 2024: Mohd Azizulhasni terpaksa 'korban' demi pingat emas pertama
Mohd Azizulhasni berkata prestasinya kini bertambah baik selepas pulang daripada menempuh perlumbaan sukar di Piala Trek Jepun di Veldorom Izu, Shizuoka baru-baru ini. - Gambar fail/Bernama
NILAI: Perancangan yang diatur jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang pada Sukan Olimpik Paris 2024, kemungkinan menuntut 'harga mahal' demi merealisasikan impian pingat emas pertama Malaysia di temasya itu.
Mohd Azizulhasni yang akan beraksi dalam acara pecut dan keirin di temasya berprestij itu berkata pemilihan tumpuan terpaksa dilakukan dan keutamaan sudah pastinya kepada acara kegemarannya keirin jika berada dalam situasi mendesak.
"Pada Sukan Olimpik 2024 nanti acara pecut bermula dahulu, kemudian keirin. Jadi perancangannya jika saya mara ke final acara pecut, saya akan berikan sepenuhnya untuk tamatkan perlumbaan. Tapi jika sebaliknya...penentuan gangsa, saya akan tarik diri dan berikan tumpuan kepada keirin," katanya ketika ditemui di Velodrom Nasional Nilai di sini, semalam.
The Pocket Rocketman yang mewakili Terengganu muncul juara acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024, mengetepikan rakan seperlatihan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang mewakil Johor 2-0, dalam saingan akhir semalam.
Sementara itu, juara dunia keirin 2017 itu berkata prestasinya kini bertambah baik selepas pulang daripada menempuh perlumbaan sukar di Piala Trek Jepun di Veldorom Izu, Shizuoka baru-baru ini.
"Ketika di Jepun, saya bukan dalam keadaan terbaik, tambahan pula saya tidak menggunakan actual race gear tapi saya tidak jauh dari pelumba negara lain yang menjadikan perlumbaan itu medan pemilihan pelumba ke Sukan Olimpik," katanya.
Biarpun terpaksa mengharungi 21 perlumbaan pada Piala Trek Jepun itu, namun Mohd Azizulhasni tetap berhasil membawa pulang dua pingat gangsa dalam acara pecut dan keirin.
Menurut pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu, beliau akan meninjau prestasi pelumba lain ketika kejohanan di Belgium bulan depan yang merupakan perlumbaan antarabangsa terakhirnya sebelum ke Paris 2024.
"Aksi di Belgium nanti merupakan sebahagian daripada persiapan ke Sukan Olimpik 2024. Saya tidak akan menunjukkan taktikal sebenar kita sebaliknya cuba pantau prestasi pelumba lain di situ," katanya.
Sukan Olimpik 2024 dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#perlumpaan antarabangsa
#prestasi pelumba
#pingat gangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan