awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Ungguli saringan, namun Rouxin terlepas separuh akhir

Bernama
Bernama
28/07/2024
11:07 MYT
Olimpik Paris 2024: Ungguli saringan, namun Rouxin terlepas separuh akhir
Masa yang direkodkan Rouxin jauh ketinggalan daripada rekod kebangsaan 1:08.40s dipegang Phee Jinq En yang dilakukan beliau di Tokyo 2020. - Bernama
PARIS: Meskipun mengungguli saringan pertama 100 meter (m) kuak dada wanita, perenang negara Tan Rouxin gagal menempatkan diri dalam 16 terbaik untuk bertanding dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 di sini, hari ini.
Beraksi di Paris La Defense Arena, Rouxin mencatatkan satu minit dan 12.50 saat (s) untuk mengatasi atlet Maghribi Imane Houda El Barodi di tempat kedua dengan 1:14.57s manakala Ellie Shaw dari Antigua dan Barbuda memperoleh tempat ketiga dengan 1:14.78s.
Pertama kali beraksi di temasya berprestij itu, atlet berusia 18 tahun berkenaan menamatkan saingan secara keseluruhan di tempat ke-33 manakala Tatjana Smith dari Afrika Selatan yang memenangi saringan keempat menjuarai carta dengan 1:05.00s.
Masa yang direkodkan Rouxin jauh ketinggalan daripada rekod kebangsaan 1:08.40s dipegang Phee Jinq En yang dilakukan beliau di Tokyo 2020.
Tan Rouxin berkongsi pengalaman pertama beraksi di Olimpik selepas menamatkan saringan di tempat pertama namun catatan masa yang direkodkan tidak melepasi had kelayakan ke SF dalam acara 100m wanita kuak dada.#GoForGold #SokongMalaysia #OlimpikParis2024 #KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/TyRysa6zLw
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 28, 2024
Semalam, jaguh renang negara Khiew Hoe Yean gagal pada saringan kedua 400 meter gaya bebas lelaki.
Kregor Zirk dari Estonia mendominasi saringan itu dengan 3:49.59s, manakala Eduardo Cisternas dari Chile mencatat 3:51.29s untuk tempat kedua dan Ilya Sibirtsev dari Uzbekistan di tempat ketiga dengan 3:51.52s.
Di sebalik usaha yang membanggakan itu, catatan masa Hoe Yean gagal menempatkan beliau dalam kalangan lapan perenang terbaik untuk mara ke final.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Tan Rouxin
#perenang negara
#Separuh Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan