awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Tokyo: Farah Ann selamat tiba dari Tokyo

Bernama
Bernama
27/07/2021
15:29 MYT
Olimpik Tokyo: Farah Ann selamat tiba dari Tokyo
Farah Ann akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah hotel swasta, mengikut prosedur yang ditetapkan oleh MKN. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi, selamat tiba di tanah air selepas menamatkan kempen di Sukan Olimpik Tokyo 2020, di Jepun.
Atlet gimnastik artistik berusia 27 tahun itu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lebih kurang 5.45 petang tadi, bersama jurulatihnya Nataliya Sinkova.
Pemenang tujuh pingat emas Sukan SEA itu, akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah hotel swasta, mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Farah Ann yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik, terlepas peluang mara ke akhir acara all-around wanita, selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-68 daripada 85 peserta, dengan mengumpul 48.565 mata keseluruhan di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo pada Ahad lalu.
Beliau mengutip 11.600 mata dalam aparatus palang bertingkat dan palang imbangan (11.566 mata), disiplin senam lantai (12.233 mata) sebelum melengkapkan aksi disiplin melombol (13.166 mata) dan terlepas peluang beraksi dalam acara all-around akhir.
Seorang lagi gimnas negara Jeremiah Loo Phay Xing, yang beraksi dalam acara all-around lelaki, tiba di tanah air, semalam.
Jeremiah gagal melayakkan diri ke final apabila menamatkan saingan di tempat ke-62 daripada 66 peserta dengan mengumpul 67.498 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Olimpik Tokyo
#Farah Ann
#gimnastik
#KLIA
#selamat tiba
#kepulangan
#kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan