awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Orang kuat' bakal berkampung di Papar bulan depan

Astro Arena
Astro Arena
14/09/2016
10:29 MYT
'Orang kuat' bakal berkampung di Papar bulan depan
Cabaran itu bakal mempertandingkan lapan acara klasik, iaitu Truck Pull, Farmer's Walk, Car Deadlift, Yoke Walk, Log Press, Atlas Stone, Tyre Flip dan Hercules Grip. - Foto sumber YouTube (Ahmad Taufiq Muhammad).
ADAKAH anda 'orang kuat' yang dicari-cari?
Orang kuat dari dalam dan luar negara bakal berkampung di Papar pada 8 dan 9 Oktober depan sempena dengan Cabaran Orang Kuat Papar 2016.
Selain peserta dari Malaysia, pertandingan anjuran Pertubuhan Angkatan Gabungan Rakyat Asli Sabah (Agaras) dengan kerjasama Borneo Extreme Events itu dijangka turut mendapat penyertaan dari Semenanjung Malaysia, Labuan, Sarawak dan Brunei.
Penyelaras pertandingan, Roger Frederick, berkata beberapa peserta dari Filipina dan India turut menghubungi mereka bagi menyatakan minat untuk menyertainya.
"Kalau semua yang telah menghubungi mengambil bahagian, cabaran kali ini dijangka paling sengit pernah diadakan.
"Pertandingan kali ini juga adalah terbuka berbanding hanya untuk peserta novis dalam beberapa siri kejohanan Orang Kuat di negeri ini, sebelum ini," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.
Roger berkata, cabaran itu bakal mempertandingkan lapan acara klasik, iaitu Truck Pull, Farmer's Walk, Car Deadlift, Yoke Walk, Log Press, Atlas Stone, Tyre Flip dan Hercules Grip.
"Sehubungan itu, saya menyeru kepada peserta tempatan supaya mengambil peluang menyertai cabaran kali ini bagi menimba pengalaman bersaing dengan peserta luar," katanya sambil menambah pertandingan itu turut mendapat sokongan daripada Orang Kuat Malaysia, Persekutuan Angkat Berat Dunia serta Majlis Daerah Papar.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Roger di nombor 016-880 0097.
Topic Berkaitan
#Agaras
#berita sukan
#Orang Kuat
#penganjuran Orang Kuat papar
#sukan ekstrem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan