SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan secara dasarnya bersetuju memilih Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk penggantian rumput padang kepada jenis Zeon Zoysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani berkata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah membuat tawaran kepada kerajaan negeri supaya memilih satu stadium untuk berbuat demikian.
"Pelaksanaan penggantian rumput ini belum ditetapkan kerana kita perlu melihat juga jadual perlawanan Liga Super yang akan bermula tidak lama lagi.
"Kerja pemulihan tanah serta saliran air untuk mengelakkan takungan air itu akan ditanggung oleh kerajaan negeri dan pemasangan rumput oleh pihak KBS," katanya kepada Bernama.
Zeon Zoysia mempunyai sistem akar luas, pertumbuhan rizom kuat dan rumput padat tebal yang pulih dengan cepat daripada kerosakan serta diperakui dalam ujian terkawal oleh National Turfgrass Evaluation Programme (NTEP).
Media sebelum ini melaporkan Mohamad Taufek sebagai berkata Majlis Bandaraya Seremban dijangka melaksanakan kerja menaik taraf tempat duduk penonton di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada Mac ini membabitkan kos RM1.2 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023

Kerja pemulihan tanah serta saliran air untuk mengelakkan takungan air itu akan ditanggung oleh kerajaan negeri dan pemasangan rumput oleh KBS. - Gambar/ Wikipedia

Gempa Turkiye, Syria: Lagi mangsa ditemui selamat, angka korban cecah 12,000
Ribuan anggota penyelamat bekerja tanpa henti mengharungi cuaca sejuk untuk mencari mangsa yang masih hidup.

Daripada 'biasa-biasa', kini 70kg pisang terjual tak sampai tiga jam
Impak video pendek itu turut melariskan jualan, Banana Dibs yang diusahakan oleh Abdul Adib Aidil sejak dua tahun lalu.

Belon pengintip: AS akan kongsi maklumat dengan puluhan negara dunia
AS mendapat maklumat berdurasi 'hampir sejam' mengenai belon yang ditembak jatuh oleh negara itu pada Sabtu.

Tanda tanya Muda tidak dijemput mesyuarat sekretariat
Setiausaha Agung Muda Amir Abd Hadi menyuarakan rasa terkilan kerana tidak diundang menghadiri mesyuarat pertama berkenaan.

Gempa Turkiye: Mangsa terperangkap di bawah runtuhan minta air untuk dirikan solat
Warga emas itu meminta air bagi mendirikan solat dalam keadaan masih terperangkap kerana tidak mahu meninggalkan kewajipan itu
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [09 Februari 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [09 Februari 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008658/1218637861675902476734_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [09 Februari 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - Lawatan PM Anwar ke Thailand bakal teroka kerjasama baharu - Universiti tidak sepatutnya lupakan keutamaan kajian kemanusiaan - Sultan Nazrin - Perkembangan gempa di Turkiye. Malaysia bentuk pasukan khas selaras bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria #AWANInews #AWANIpagi

Perolehan vaksin COVID-19 ikut prosedur - Khairy
Semua keputusan perolehan vaksin COVID-19 mendapat punca kuasa jemaah menteri dan kelulusan Kementerian Kewangan.

Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.

Jiwa SME | Bertam Nursery jual anak pokok, khidmat nasihat dalam talian
Lima tahun lalu, perniagaan anak pokok hiasan atau nurseri oleh Ahmad Zaidi Abu Bakar agak suram dan ketika itu dia hanya menunggu pelanggan datang ke kedai untuk membuat belian. Selepas membuat sedikit kajian, Ahmad Zaidi, 42, mendapati perniagaan nurseri sebenarnya berpotensi berikutan wujudnya taman perumahan baru selain agensi yang memerlukan nasihat mengenai cara penjagaan pokok dan lanskap.

AWANI Ringkas: Malaysia rancang buka hospital lapangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Padang Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi akan guna rumput jenis Zeon Zoysia
Kerajaan Negeri Sembilan secara dasarnya bersetuju memilih Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk penggantian rumput padang kepada jenis Zeon Zoysia.

Orang ramai hantar bantuan banjir, penuhi parkir stadium
Kesemua barangan berkenaan akan disusun di Kompleks Belia dan Sukan Paroi (Kombes) dan balai raya Taman Ampangan.

Prestasi cemerlang kalahkan Perak FC hasil disiplin tinggi pemain - Devan
Jaringan awal pada babak pertama oleh Nasrullah Hanif Johan menyuntik semangat skuad untuk tampil konsisten sehingga tamat perlawanan.