awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAFA nafi penyokong terbabit kekecohan di Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2014
10:26 MYT
PAFA nafi penyokong terbabit kekecohan di Sarawak
PAFA nafi penyokong terbabit kekecohan di Sarawak
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menafikan kononnya penyokong mereka terbabit dalam kekecohan di Stadium Negeri, Kuching , Sarawak, pada Sabtu lalu.
Ini kerana PAFA mendakwa Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sudah memaklumkan sejak awal lagi bahawa mereka tidak akan menjual tiket kepada penyokong Perak.
Pengurus pasukan Perak, Datuk Azhar Ahmad, berkata penyokong Perak turut bimbang terhadap tindak balas penyokong Sarawak ekoran insiden pergaduhan yang kononnya berlaku di Ipoh pada 20 Ogos lalu.
Pihaknya menganggap provokasi itu sebagai suatu perkara biasa terhadap pelbagai lagi provokasi yang dilemparkan penyokong Sarawak, bermula dari sesi latihan hinggalah kepada selesai perlawanan.
Dalam kejadian pada Sabtu, lima remaja ditahan polis kerana merusuh di Stadium Negeri di Kuching sehingga mengakibatkan tujuh kenderaan polis rosak dan 5 anggota polis cedera selepas aksi skuad Sarawak bertemu Perak pada perlawanan peringkat Kumpulan B kempen Piala Malaysia 2014.
Pada masa sama, Azhar turut mempersoalkan kesahihan video yang menunjukkan kononnya berlaku pergaduhan antara penyokong Perak dan Sarawak ketika perlawanan di Stadium Perak, 20 Ogos lalu.
Azhar berkata, PAFA akan membuat laporan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menceritakan semua kejadian yang berlaku, bermula dari ketibaan mereka sehingga pulang.
Topic Berkaitan
#PAFA
#Perak
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan