awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang dilucut status naib juara, Selangor ke Piala AFC

Astro Arena
Astro Arena
25/11/2015
06:00 MYT
Pahang dilucut status naib juara, Selangor ke Piala AFC
Pahang sebelum ini menduduki tangga kedua Liga Super 2015 menerusi kutipan 44 mata manakala Selangor di tangga ketiga dengan pungutan 39 mata. - Foto Astro Arena
STATUS Pahang sebagai naib juara Liga Super 2015 dilucutkan selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memotong enam mata skuad itu dalam saingan liga domestik musim ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan FAM, Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, arahan itu dibuat melalui satu surat susulan kegagalan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) melunaskan bayaran pampasan kepada bekas pemain import mereka dari Maghribi iaitu Mohamed Borji yang pernah beraksi bersama skuad Tok Gajah pada 2013.
Pahang sebelum ini menduduki tangga kedua Liga Super 2015 menerusi kutipan 44 mata manakala Selangor di tangga ketiga dengan pungutan 39 mata.
"Dengan itu, Pahang kini jatuh ke tempat ketiga dan Selangor pula naik ke tempat kedua Liga Super 2015 di belakang Johor Darul Ta'zim (JDT). "Selangor akan menjadi wakil Malaysia ke saingan Piala AFC 2016 bersama-sama JDT. FAM akan memaklumkan perkara ini kepada pihak AFC untuk mencalonkan Selangor sebagai pasukan yang menggantikan tempat Pahang menerusi slot selaku naib juara Liga Super," kata Afandi.
Topic Berkaitan
#Afandi Hamzah
#bola sepak
#FAM
#Pahang
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan