Pahang layak ke final Piala Malaysia 2013 dengan kemenangan agregat 4-2 ke atas Sarawak selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Negeri di sini pada malam Sabtu.

Pada perlawanan di sini, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 1-1.

Bobby Gonzales membuka jaringan untuk Sarawak pada minit ke-32 manakala Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-74 menerusi jaringan Fauzi Roslan.

Pada separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 19 Okt lepas, Pahang mengalahkan Sarawak 3-1.

Pahang akan menentang juara bertahan Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, 3 Nov ini.