awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang tak perlukan Materazzi

Astro Arena
Astro Arena
08/04/2014
06:58 MYT
Pahang tak perlukan Materazzi
Marco Materazzi - Gambar Fail
Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah menegaskan beliau menaruh kepercayaan tinggi terhadap Zainal Abidin Hassan dan berpuas hati dengan tugasan pengendali itu setakat ini.
Skuad Tok Gajah sebelum ini telah dikaitkan dengan bekas juara Piala Dunia kelahiran Itali, Marco Materazzi yang dianggap bakal menggantikan tempat bekas ketua jurulatih Ronald Smith.
Tetapi berikutan pencapaian menyerlah Zainal dalam saingan Liga Super pada musim ini, Tengku Abdul Rahman yakin bahawa pasukan Pahang dikendalikan secara baik.
"Kita semua sudah lihat pencapaian Zainal Abidin dan diharapkan prestasi terbaik ini kekal untuk meraih kejuaraan terutama mempertahankan Piala Malaysia musim ini.
“Saya harap kejayaan diraih ketika ini dapat dipertahankan kerana perjalanan masih lagi panjang", ulas beliau dalam satu temubual bersama Harian Metro.
Spekulasi yang mengaitkan Materazzi dengan pasukan Pahang mula timbul apabila bekas pemain tersebut kelihatan bergambar bersama Tengku Abdul Rahman di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengikut maklumat yang diperolehi, Materazzi singgah di Malaysia untuk meninjau peluang bagi membuka sebuah akademi bola sepak di rantau ini. -- Astro Arena
Topic Berkaitan
#Marco Materazzi
#Tengku Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan