awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pan Gon kekalkan majoriti pemain untuk Piala Raja Thai, Brendan turut tersenarai

Bernama
Bernama
12/09/2022
21:45 MYT
Pan Gon kekalkan majoriti pemain untuk Piala Raja Thai, Brendan turut tersenarai
Kim Pan Gon, Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon mengekalkan 17 daripada 23 pemain yang melayakkan Malaysia ke Piala Asia 2023, bagi menghadapi Kejohanan Piala Raja Thailand bermula dari 22 hingga 25 Sept ini di Chiang Mai.
Antara lapan pemain baharu yang dipanggil adalah tiga pemain muda berusia 21 tahun daripada Skuad Bawah-23 Tahun Kebangsaan iaitu penjaga gol Rahadiazli Rahalim, Azam Azmi Murad dan Mukhairi Ajmal Mahadi.
Jurulatih berusia 53 tahun itu turut menyenaraikan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (penjaga gol), Sharul Nazeem Zulpakar, Brendan Gan, Zhafri Yahya dan Declan Lambert.
Kali terakhir Brendan beraksi untuk skuad kebangsaan adalah ketika menewaskan Thailand 1-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai pada Jun 2021, sebelum beliau disahkan menghidap kanser.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa Skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan pusat bermula dari 16 hingga 19 Sept ini di Wisma FAM, sebelum berlepas ke Chiang Mai.
Pemenang kedua-dua perlawanan akan bertemu pada final yang dijadualkan pada 25 Sept, manakala pasukan tewas akan merebut tempat ketiga.
Malaysia pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali, iaitu pada 1972, 1976, 1977 dan 1978.
Senarai 25 pemain yang dipanggil:
BIL NAMA UMUR PASUKAN
1. Shahrul Mohd Saad 29 Johor Darul Ta'zim FC
2. La'Vere Lawrence Corbin-Ong 31 Johor Darul Ta'zim FC
3. Muhammad Nazmi Faiz Mansor 28 Johor Darul Ta'zim FC
4. Arif Aiman Mohd Hanapi 20 Johor Darul Ta'zim FC
5. Muhammad Safawi Rasid 25 Johor Darul Ta'zim FC
6. Muhammad Akhyar Abdul Rashid 23 Johor Darul Ta'zim FC
7. Mohamadou Sumareh 28 Johor Darul Ta'zim FC
8. Matthew Davies 27 Johor Darul Ta'zim FC
9. Muhammad Syafiq Ahmad 27 Johor Darul Ta'zim FC
10. Sharul Nazeem Zulpakar 23 Selangor FC
11. Brendan Gan 34 Selangor FC
12. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi 21 Selangor FC
13. Mohamad Faisal Abdul Halim 24 Terengganu FC
14. Muhammad Rahadiazli Rahalim 21 Terengganu FC
15. Muhammad Azam Azmi Murad 21 Terengganu FC
16. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi 27 Petaling Jaya City FC
17. Darren Lok 32 Petaling Jaya City FC
18. Ruventhiran Vengadesan 21 Petaling Jaya City FC
19. Ahmad Khuzaimi Piee 29 Negeri Sembilan FC
20. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed 26 Negeri Sembilan FC
21. Zhafri Yahya 28 Kuala Lumpur City FC
22. Declan Lambert 24 Kuala Lumpur City FC
23. Dominic Tan 25 Sabah FC
24. Muhamad Nor Azam Abdul Azih 27 Sri Pahang FC
25. Dion-Johan Cools 26 FK Jablonec
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kim Pan Gon
#Piala Raja Thai
#Piala Asia 2023
#brendan gan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan