ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon mempersoalkan keupayaan pemainnya dalam mengekalkan prestasi optimum selepas Malaysia menang tipis dengan Turkmenistan 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam tadi.
Jurulatih Korea Selatan berusia 53 tahun itu berkata perlawanan intensiti tinggi seperti perlawanan menentang Turkmenistan menuntut kekuatan mental dan fizikal, serta disiplin dan kerja berpasukan yang tinggi.
Pan Gon berkata dia banyak menuntut daripada pemain sekali gus membuatkan sebahagian mereka terpaksa bergelut untuk mengekalkan rentak.
"Saya tidak merungut, tetapi berapa lama kita boleh mengekalkan permainan sebegini? Permainan seperti ini menuntut kekuatan fizikal, mental, disiplin dan kerja berpasukan. Saya menuntut banyak larian, tekanan dan peralihan, sesetengah (pemain) tidak dapat mengejar, jadi kita kena perbaiki kerana kecergasan permainan adalah sangat penting.
"Saya memahami bahawa ini adalah permulaan musim dan mereka hanya bermain beberapa perlawanan. Selain itu, keadaan cuaca sukar, lembap dan ia adalah hari pertama Ramadan. Secara keseluruhan kami menang menentang pasukan ranking ke-135 berturut-turut. Saya rasa kita akan lebih baik menjelang Jun dan September, mudah-mudahan," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.
Dalam pertembungan di Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi gelanggang laman sendiri Johor Darul Ta'zim (JDT), pemain sayap Harimau Selatan Muhammad Akhyar Abdul Rashid muncul wira skuad Pan Gon selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-29.
Ini merupakan kemenangan kedua Malaysia terhadap Turkmenistan selepas menundukkan The Green, 3-1 dalam aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun tahun lepas.
"Saya rasa mereka lebih sukar berbanding Jun lalu, dari segi fizikal mereka lebih kuat. Saya fikir mereka melakukan persiapan yang lebih baik kali ini. Ia perlawanan yang sukar dan kami melakukan beberapa kesilapan. Tetapi ia bagus jika sekiranya kami dapat menjaringkan tiga atau empat gol," katanya.
Pan Gon turut memuji penjaga gol Turkmenistan, Rasul Charyyev kerana persembahan cemerlangnya yang menafikan beberapa peluang terbaik pasukan negara sepanjang 90 minit.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Turkmenistan Mergen Orazov yang dilantik bulan lalu berpuas hati walaupun tewas pertama kali di pentas antarabangsa dalam mengemudi pasukan kebangsaan.
"Kami datang ke sini agak lewat dan liga kami belum bermula jadi dari segi fizikal, pemain masih belum cergas sepenuhnya, ya pemain bersemangat tinggi, tetapi kecergasan mereka belum capai tahap terbaik. Saya beritahu pemain, jika kalah dalam perlawanan pertama adalah baik untuk kami, supaya kami tidak bersenang-lenang...saya percaya pasukan ini boleh mencapai sesuatu yang hebat.
"Malaysia adalah pasukan yang mantap dan mempunyai pemain yang hebat...sebab itulah kami memilih untuk bermain dengan Malaysia, banyak perkara yang perlu dipelajari dan dibangunkan memandangkan kualiti yang dimiliki pasukan itu," kata jurulatih berusia 34 tahun itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023
Pan Gon berkata perlawanan intensiti tinggi seperti perlawanan menentang Turkmenistan menuntut kekuatan mental dan fizikal, serta disiplin dan kerja berpasukan yang tinggi. - Foto Twitter@ @FAM_Malaysia
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.
Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.