DATUK Pandelela Rinong berpuas hati jika kelebihan sama rata di antara penerjun muda dan elit diberikan bagi persiapan ke kejohanan besar.
Untuk rekod, penerjun muda tidak pernah diberi kelebihan yang sama seperti yang dinikmati atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad, secara tidak langsung kurang pendedahan menjadi masalah utama.
"Tidak cukup hanya atlet dan jurulatih sahaja berusaha, tapi semua pihak perlu bekerjasama.
"Ada beberapa atlet muda yang berpotensi, masa depan mereka tampak cerah.
"Tapi apa yang paling penting ialah pendedahan lebih luas buat mereka seperti ke China.
"Adakalanya hanya atlet senior sahaja dapat menjalani kem latihan, jadi mereka agak ketinggalan.
"Kami hanya diberitahu pas adalah terhad tapi apabila tiba hari pertandingan, boleh pula VIP masuk," katanya di Nadi Arena malam tadi.
Pandelela turut menggesa sokongan dan dorongan yang berterusan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Program Road to Gold yang amat diharapkan bagi melahirkan lebih ramai penerjun yang berkualiti.
"Begitu juga dengan kuantiti, penerjun muda lebih ramai diserapkan dalam kem senior.
"Kami harap lebih ramai dapat menyertai pasukan kebangsaan, malah kami mengharapkan (pelantikan) jurulatih.
"Sekarang ada lima jurulatih yang perlu memantau 20 penerjun. Jadi mereka bergilir-gilir ambil peranan," katanya.
Astro Arena
Mon Apr 03 2023

Pandelela turut menggesa sokongan dan dorongan yang berterusan daripada pihak KBS. - Foto Stadium Astro
Cabaran etika semakin kabur, tapi masa makin suntuk - Penyelidik
Dr Wan Nor Fitri dari UPM tegaskan cabaran etika dalam pengklonan Harimau Malaya semakin kabur apabila spesies itu berdepan kepupusan. Beliau gesa pendekatan saintifik dimulakan segera, termasuk simpanan sel stem, sebelum terlambat

Nahas trak FRU: Lebih 60 individu akan dipanggil bantu siasatan - Polis
Bakri berkata ia termasuk anggota FRU yang berada di lokasi kemalangan serta pemilik syarikat lori membawa muatan batu yang terlibat.
[TERKINI] Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin mengulas, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan, dengan nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

19 muzium dibuka secara percuma 18 Mei ini - Aaron
Tawaran ini termasuk muzium utama seperti Muzium Negara, Muzium Automobil Nasional, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, dan Muzium Seni Bina Malaysia.

Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Mohd Uzir berkata, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan.

Pemilihan PKR kali ini 1,000 kali lebih baik - Fahmi
Pemilihan Cabang PKR yang berlangsung April lepas disifatkan jauh lebih tertib dan teratur jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu, kata Ketua Penerangan parti Datuk Fahmi Fadzil.
AWANI Ringkas: Konstabel Akmal Wafi selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump mahu terima jet mewah dari Qatar
Donald Trump mahu terima pesawat Boeing 747-8 bernilai RM1.88 bilion daripada keluarga diraja Qatar sebagai hadiah untuk dijadikan Air Force One sementara. Beberapa anggota Kongres Republikan bimbang potensi risiko keselamatan.
Kim Jong Un: Siap sedia perang keutamaan utama
Kim Jong Un pantau latihan khas ketenteraan Korea Utara dan tegaskan penyempurnaan persiapan perang adalah keutamaan. Beliau beri amaran akan guna kekuatan jika AS terus provokasi terhadap Rusia.
Astro One: Tawaran eksklusif untuk penjawat awam, jimat hingga RM960
Astro Malaysia Holdings Bhd melancarkan "Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam", iaitu pek hiburan berbaloi yang menawarkan penjimatan hingga RM960.

Ken Nee tekad kembalikan skuad terjun ke podium Olimpik
Beliau percaya misi itu mampu direalisasikan memandangkan Malaysia mempunyai barisan penerjun muda yang berbakat.

Bryan tinggalkan skuad terjun Malaysia, negara Asia jadi pilihan
Bryan menghantar surat perletakan jawatan pada 23 Disember lepas, dan secara rasmi menamatkan tugasnya bersama skuad kebangsaan pada 22 Januari.

Persekutuan Renang Malaysia teroka bakat baharu menerusi program atlet muda
Ia sebahagian usaha bagi memulihkan prestasi sukan terjun susulan persembahan mengecewakan pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha.

Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.

Kimberly positif 'masanya akan tiba' ke pentas Olimpik 2028
Kimberly tidak berkecil hati apabila namanya tidak tersenarai dalam acara Olimpik bagi penyertaan di Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Doha, Qatar.

Hari Kebangsaan: Penerjun mendarat selamat dan tepat walaupun angin kuat
Dalam aksi mendebarkan apabila perlu berdepan dengan cabaran angin kuat serta permukaan licin untuk mendarat ekoran hujan pada waktu subuh, enam penerjun dalam acara sambutan Hari Kebangsaan 2023 masi

Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.

Piala Dunia: Tiada pingat dari penerjun Malaysia di Berlin
Skuad terjun negara menamatkan cabaran pada Piala Dunia FINA 2022 apabila mereka berada di kedudukan terakhir dalam acara 3m dan 10m.

10m platform: Pandelela gagal naik podium
Atlet dari Sarawak itu berharap akan dapat melakukan terjunan yang lebih konsisten dalam dua lagi acara yang akan disertainya.

Pandelela-Tze Liang tamat saingan di tempat kelima acara berpasukan
Acara yang merupakan gabungan platform 10m dan papan anjal 3m itu menyaksikan Pandelela-Tze Liang mengumpul 350.25 mata.