awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina

Bernama
Bernama
01/01/2026
21:30 MYT
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
Sekurang-kurangnya 22 cedera akibat bom tangan dilempar dua lelaki bermotosikal ketika sambutan Tahun Baharu di Cotabato, selatan Filipina. - Foto Facebook Philippine News Agency
MANILA: Sekurang-kurangnya 22 orang cedera apabila sebutir bom tangan meletup di sebuah kawasan perumahan di wilayah Cotabato, selatan Filipina, sejurus selepas tengah malam pada Khamis, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.
Dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal dilaporkan melemparkan bom tangan ke arah orang ramai sebelum memecut laju meninggalkan lokasi ketika penduduk sedang menyambut kedatangan Tahun Baharu di sepanjang lebuh raya di bandar Matalam, kata polis.
Beberapa saat kemudian, bahan letupan itu meletup, menyebabkan serpihannya mencederakan beberapa individu.
Mangsa yang cedera segera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan. Pihak berkuasa setakat ini belum mengeluarkan maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa.
Polis telah melancarkan operasi memburu suspek dan sedang berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan serta ahli komuniti untuk mengenal pasti dalang terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#letupan
#sambutan tahun baharu
#bom tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan