awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paralimpik Tokyo: 144 kes COVID-19 dilaporkan setakat ini

Bernama
Bernama
23/08/2021
14:45 MYT
Paralimpik Tokyo: 144 kes COVID-19 dilaporkan setakat ini
Menurut laman web rasmi Olimpik, 13 lagi kes jangkitan yang mempunyai kaitan dengan penganjuran Paralimpik 2020 telah dilaporkan pada Isnin.
ANKARA: Seramai 144 orang yang terlibat dengan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo dijangkiti COVID-19 sejak 12 Ogos lepas, lapor Agensi Berita Anadolu.
Menurut laman web rasmi Olimpik, 13 lagi kes jangkitan yang mempunyai kaitan dengan penganjuran Paralimpik 2020 telah dilaporkan pada Isnin.
Bagaimanapun, nama mereka yang positif virus berkenaan tidak didedahkan atas alasan privasi, menurut kenyataan itu.
Kerajaan metropolitan Tokyo mengesahkan 4,392 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad.
Jepun merekodkan jumlah jangkitan terkini sebanyak 22,285 sehingga 22 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#Paralimpik
#COVID-19
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan