awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paralimpik Tokyo 2020: Nur Syaiful perbaharui rekod peribadi 100m gaya bebas lelaki S5

Bernama
Bernama
26/08/2021
09:36 MYT
Paralimpik Tokyo 2020: Nur Syaiful perbaharui rekod peribadi 100m gaya bebas lelaki S5
Muhammad Nur Syaiful Zulkafli beraksi dalam acara akhir 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 pada kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo hari ini. - Foto BERNAMA
TOKYO: Perenang para kebangsaan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, menampilkan prestasi terbaiknya setakat ini, apabila berjaya memecah rekod peribadi 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Tokyo.
Memulakan aksi di lorong pertama, Nur Syaiful menamatkan saingan di tangga ketujuh daripada lapan pelumba, dalam acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo hari ini.
Perenang Sarawak itu mencatat masa 1 minit 15.12 saat, sekali gus memadam catatan peribadi terdahulu iaitu 1:15.39 di London, United Kingdom pada 2019.
Atlet Itali Francesco Bocciardo, menampilkan renangan bergaya apabila merangkul emas dengan catatan 1:09.56s diikuti perenang China Lichao Wang, dengan merekod masa 1:10.45s dan Daniel de Faria Dias dari Brazil gagal mempertahankan emas dimenanginya di Rio 2016, apabila hanya meraih gangsa dengan 1:10.80s.
Terdahulu, Nur Syaiful meloloskan diri ke peringkat akhir selepas menduduki tangga ketiga dalam saringan pertama dan ketujuh terbaik daripada 13 perenang secara keseluruhan.
Beliau mencatat masa 1:16.33 saat pada saringan tersebut.
Hanya lapan perenang terbaik daripada kedua-dua saringan yang dijalankan pagi tadi, mara ke akhir.
Semalam, Nur Syaiful, yang mengalami kecacatan kedua-dua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan pada 2012, tidak berjaya layak ke peringkat akhir acara 200m gaya bebas lelaki S5, selepas penyertaannya dalam saringan pertama dibatalkan gara-gara isu teknikal.
Selepas dua aksi disertainya, atlet berusia 26 tahun itu masih berpeluang untuk meraih pingat, apabila dijadual beraksi dalam acara 50m gaya bebas lelaki (S5) dan 100m kuak dada lelaki (SB4) selepas ini, bagi melengkapkan kempen sulungnya pada temasya berprestij di Jepun itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perenang para kebangsaan
#Muhammad Nur Syaiful Zulkafli
#Paralimpik Tokyo 2020
#Pusat Akuatik Tokyo
#rekod peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan