awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paralimpik Tokyo 2020: Trek licin, Dek Wan akui hampir terjatuh

Bernama
Bernama
04/09/2021
03:35 MYT
Paralimpik Tokyo 2020: Trek licin, Dek Wan akui hampir terjatuh
Permukaan trek yang licin disebabkan hujan renyai membasahi Stadium Olimpik sejak awal pagi tadi menyekat impian Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi untuk mempertahankan emas dimenangi di Rio 2016. -Reuters
TOKYO: Permukaan trek yang licin disebabkan hujan renyai membasahi Stadium Olimpik sejak awal pagi tadi menyekat impian Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi untuk mempertahankan emas dimenangi di Rio 2016.
Bertanding dalam acara 100 meter (m) lelaki T36 (kecacatan fizikal), Mohamad Ridzuan yang memulakan larian dengan baik pada 50m pertama, mengakui keadaan trek licin menyebabkan beliau hampir terjatuh pada 10m terakhir perlumbaan.
"Saya dah buat yang terbaik, kalau tak licin boleh dapat pingat...sikit saja lagi," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas aksinya hari ini.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: 'Dek Wan' raih tempat keempat acara 100 meter T36
Ridzuan Puzi mengakhiri saingan final 100m T36 di kedudukan ke-4 dgn catatan masa 12.15s. Sedikit sayang tapi takpe Dekwan, anda telah membawa impak yg besar utk negara. Cukup membanggakan! #luarbiasa #sokongmalaysia #ganbattemalaysia #paralympics pic.twitter.com/t6Q6Wj5nm3
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 4, 2021
Biarpun mengakhiri kempen kedua Paralimpik tanpa sebarang pingat, semangat pelari berusia 33 tahun yang mesra dengan panggilan 'Dek Wan' masih membara untuk menyertai kejohanan mendatang termasuk Paris 2024.
Sehubungan itu, beliau yang mengalami palsi serebrum juga tekad untuk merampas kembali pingat emas dimenangi oleh atlet China, Deng Peicheng dalam acara itu.
Selain merangkul emas, Peicheng berjaya memadam rekod Paralimpik milik jaguh Australia, James Turner, yang dilakukan pada peringkat saringan kedua semalam iaitu 11.87s, dengan rekod baharu 11.85s dalam aksi final pagi tadi.
James, yang merupakan pemegang rekod dunia dengan catatan 11.72s dalam kejohanan dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 2019 terpaksa berpuas hati dengan perak menerusi catatan masa 12.00s.
Pingat gangsa pula milik Alexis Sebastian Chavez dari Argentina yang melakukan catatan masa 12.02s.
Mohamad Ridzuan sebelum ini mencipta sejarah apabila menyumbang pingat emas pertama negara dalam Sukan Paralimpik sejak negara mula menyertai temasya berprestij itu pada edisi 1972 di Heidelberg, Jerman, menerusi acara sama di Rio 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paralimpik Tokyo 2020
#Dek Wan
#Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
#trek licin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan