KAPTEN pasukan Croatia, Luka Modric mengakui kemenangan pasukannya ke atas England pada aksi suku akhir malam tadi telah menutup mulut media Inggeris yang sebelum ini banyak mengkritik pasukannya.

Menurut laporan antarabangsa, Modric berkata, pasukannya sering mendapat gelaran yang tidak baik daripada media Inggeris dan perkara itu menjadi motivasi pada pasuan mereka.

"Wartawan dan pengulas bola sering mengatakan kami sering keletihan dan ada yang mengelar pasukan kami sebagai mayat hidup.

"Kata-kata yang diberikan itu sebenarnya tidak menjatuhkan kami sebaliknya memberi semangat untuk terus berjaya.

"Kami akhirnya berjaya membuktikan bahawa mereka silap dan mereka sepatutnya lebih menghormati pasukan lain.

"Kemenangan dengan England ini telah menjadi realiti dan ia merupakan penampilan terbaik Croatia dalam bola sepak," katanya.

BACA: Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA


Croatia menang 2-1 ke atas England setelah permainan diheret ke masa tambahan selepas terikat seri 1-1 dalam masa sebenar perlawanan.

Pada perlawanan akhir piala dunia, Croatia akan bertemu Perancis pada 15 Julai (Ahad), pada dukul 11 malam.