Pasukan MLBB Malaysia pertahan gelaran juara dunia, tewaskan Kemboja 3-0

Kemenangan itu menyaksikan pasukan Malaysia membawa pulang wang kemenangan berjumlah AS$32,500 (RM133,607). - Foto Facebook/MPL Malaysia
KUALA LUMPUR: Malaysia mempertahankan gelaran juara dunia selepas memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF 2025 apabila menewaskan Kemboja 3-0 pada perlawanan akhir Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Quill City Mall di sini malam tadi.
Pasukan Malaysia dibarisi Idreen Jamal (Momo), Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) dan Ealtond Rayner (Lolealz).
Kemboja pula menampilkan pemain terdiri daripada Phengkong "Oppi" Chhuon, Chandavan "Detective" Nhem, Amey "Xing" Khuon, Dane "Wadu" Vann dan Virea "Boxi" Sok, namun gagal menandingi rentak, keserasian dan serangan agresif Malaysia sepanjang aksi berlangsung.
Kemenangan semalam terus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sukan elektronik selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir edisi 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim antara yang hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.
Kemenangan itu menyaksikan pasukan Malaysia membawa pulang wang kemenangan berjumlah AS$32,500 (RM133,607).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


