KUALA LUMPUR: Jurulatih beregu campuran negara Paulus Firman menjadi jurulatih terbaharu yang mengucapkan selamat tinggal kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 1 Mei.
BAM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan jurulatih berusia 53 tahun itu, telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya kerana mahu menghabiskan lebih masa dengan keluarganya.
"BAM berterima kasih kepada Paulus atas sumbangan beliau terhadap jabatan beregu campuran dan beregu lelaki, sejak beliau kembali ke Malaysia pada 2018," menurut kenyataan BAM itu.
Sementara itu Paulus berkata beliau amat berbesar hati kerana berpeluang berkhidmat dengan BAM sejak empat tahun yang lepas.
"Pada saya, ahli keluarga perlu menjadi yang paling penting sekarang. Ini hanyalah berehat daripada sukan dan memberikan masa yang lebih kepada ibu bapa saya, keluarga dan anak-anak," kata jurulatih kelahiran Indonesia itu.
Sementara itu Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM Rexy Mainaky berkata mereka kini sedang mencari calon lain untuk meneruskan momentum dan kerja baik yang telah dilakukan Paulus.
"Saya mahu berterima kasih kepada Paulus untuk peranan bersignifikan beliau dalam kedua-dua beregu lelaki dan juga beregu campuran. Beliau meninggalkan kami dengan ucapan terima kasih daripada semua kami di BAM," katanya.
BAM sebelum ini telah menyambung kontrak Paulus pada Januari.
Bagaimanapun Rexy baru-baru ini berkata Paulus masih belum membuat keputusan akhir mengenai masa depannya bersama badan badminton negara itu, selepas kontaraknya dijangkakan tamat hujung bulan ini.
Sebelum ini BAM kehilangan beberapa jurulatih utama termasuk jurulatih perseorangan wanita Indra Wijaya yang meninggalkan BAM, untuk melatih pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia yang menjadi pemain profesional pada Januari dan jurulatih beregu wanita Chan Chong Ming yang meletakkan jawatannya pada Disember tahun lepas.
Bulan lepas jurulatih beregu lelaki Flandy Limpele meninggalkan BAM, selepas membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya selepas 1 April.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022

Jurulatih beregu campuran negara Paulus Firman menjadi jurulatih terbaharu yang mengucapkan selamat tinggal kepada BAM bermula 1 Mei. - Gambar fail/Facebook/BAM

Kerajaan Pahang umum kenaikan kadar bantuan segera banjir
Kerajaan negeri juga bersetuju menaikkan bantuan baik pulih rumah rosak akibat banjir daripada RM2,500 kepada RM5,000.

Jangan hirau kekecohan kelompok yang kalah - Rafizi
Kongres Nasional parti itu seharusnya tidak boleh ditangguhkan lagi untuk melayan kerenah segelintir calon yang kalah memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa.

Hadkan eksport syarikat minyak kelapa sawit - Anwar Ibrahim
Anwar turut mengambil contoh sebuah syarikat yang menurutnya mencapai keuntungan sebanyak RM2.26 bilion pada tahun lalu.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [6 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [6 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976712/thumbnails/37006374821657069009128.0000008_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [6 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Afiezy Azaman dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha #AWANInews #MalaysiaSihat

Banjir Baling: Tandak takungan pecah dipercayai punca kepala air
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tandak takungan berkenaan hilang upaya untuk menakung air yang banyak dan laju.

COVID-19: Subvarian Omicron BA.4, BA.5 kian menular di AS
Kedua-dua subvarian Omicron itu membentuk 70.1 peratus daripada varian koronavirus di negara itu setakat 2 Julai.

Boris Johnson mohon maaf isu skandal anggota kanan kerajaan
Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap ahli parlimen Chris Pincher.

Politik Britain | Nadhim Zahawi dilantik Menteri Kewangan, ganti Rishi Sunak
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melantik Nadhim Zahawi sebagai Menteri Kewangan baharu pada Selasa menggantikan Rishi Sunak yang meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinannya.

COVID-19 | Sub-Varian Omicron tular dengan pantas di AS
Sub-Varian COVID-19 Omicron BA.4 dan BA.5 menular dengan pantas di Amerika Syarikat (AS). Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, BA.4 membentuk 16.5 peratus daripada varian manakala BA.5 menyumbang 53.6 peratus daripada kesemua varian di negara itu.

COVID-19 | Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Bandar Shanghai umum dua pusingan baharu ujian COVID-19 besar-besaran terhadap 25 juta penduduknya dalam tempoh tiga hari. Ia susulan laporan jangkitan di pusat karaoke minggu lalu.

Paulus tinggalkan BAM untuk bersama keluarga
Jurulatih beregu campuran negara Paulus Firman menjadi jurulatih terbaharu yang mengucapkan selamat tinggal kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 1 Mei.

BAM sudah beri tawaran lanjut kontrak Paulus - Rexy
Paulus Firman bagaimanapun, masih belum memberi kata putus mengenai masa depannya bersama BAM selepas kontraknya dijangka tamat hujung bulan ini.

Piala Thomas/Uber: BAM runding kontrak baru Paulus
Rexy Mainaky menjelaskan, antara nama wajib dalam skuad negara kali ini adalah beregu lelaki.