Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua Masters Indonesia

Pearly-Thinaah menewaskan gandingan Amerika Syarikat Francesca Corbett-Jennie Gai 21-15, 20-22, 21-19 pada pusingan pertama kejohanan berlangsung di Istora Senayan. - Gambar fail/Stadium ASTRO
KUALA LUMPUR: Tiga pasangan Malaysia termasuk beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M Thinaah mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2026 di Jakarta, hari ini.
Ringkasan AI
- Tiga pasangan Malaysia, termasuk Pearly Tan-M Thinaah, melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2026 di Jakarta selepas menewaskan gandingan dari Amerika Syarikat.
- Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani serta Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong turut mara ke pusingan seterusnya dengan kemenangan masing-masing.
- Keputusan aksi wakil Malaysia lain menunjukkan keputusan yang berbeza, di mana beberapa pasukan Malaysia mengalami kekalahan dalam pertandingan mereka di Masters Indonesia.
Dalam pada itu, beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya apabila mengambil masa 31 minit untuk menumpaskan pasangan Amerika Syarikat Chen Zhi Yi-Presley Smith 21-15, 21-17.
Menanti mereka di pusingan kedua sama ada Wesley Koh-Junsuke Kubo dari Singapura atau Liu Kuang Heng-Yang Po Han dari Taiwan.
Satu lagi beregu lelaki, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong turut mara selepas mengetepikan cabaran Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen dari Taiwan 21-13, 21-18, sekali gus akan bertemu gandingan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
Berikut keputusan aksi wakil Malaysia lain di Masters Indonesia:
Beregu lelaki:
Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani (INA) mn Chia Wei Jie-Lwi Sheng Hao 21-18, 19-21, 21-10
Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan (TPE) mn Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-18, 21-15
Ben Lane-Sean Vendy (GBR) mn Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri 17-21, 21-17, 21-3
Beregu wanita:
Tsang Hiu Yan-Yeung Pui Lam (HKG) mn Chong Jie Yu-Vanessa Ng 21-16, 21-10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


