Kementerian Belia dan Sukan telah mendapatkan khidmat seorang peguam sukan terkemuka bagi membantu dalam kes seorang daripada atlet tersohor negara yang didakwa positif ujian doping.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata beliau telah berhubung dengan Mike Morgan, dengan keputusan ujian sampel B dijangka diketahui pada Khamis.
"(Bagaimanapun) jika sampel B didapati, Mike akan menyediakan mitigasi bagi memastikan hukuman minimum terhadap atlet berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu program melibatkan isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional di sini, Khamis.
Untuk rekod, Morgan dinamakan sebagai seorang daripada 20 peguam sukan yang berpengaruh dan telah merangka peraturan disiplin untuk memberi nasihat tentang siasatan anti-doping.
Khairy juga menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melindungi identiti atlet berkenaan, sebaliknya pendirian untuk tidak menyebut nama atlet itu adalah kerana menunggu pengumuman rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
"Ujian (sampel B) itu dijalankan semalam. Kami masih menunggu keputusan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Anti-Doping (ADAMS) kerana mereka perlu mengesahkan keputusan itu.
"Selepas BWF mendapat keputusan, mereka akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan keputusan untuk buat sebarang pengumuman berkenaan apa yang telah berlaku. Itu prosedurnya," kata Khairy.
Ikon badminton negara itu dilaporkan positif ujian doping bagi sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.
Beliau dikatakan terbabit dalam skandal doping selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang 'deksametason' semasa ujian dijalankan.
Media tempatan, pada Selasa, melaporkan pemain negara itu telah berlepas ke Norway malam Isnin bagi menyaksikan sendiri proses membuka botol untuk ujian sampel B di sebuah makmal di negara berkenaan.
Beliau ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh.
Bernama
Fri Nov 07 2014
KHAIRY: Ujian (sampel B) itu dijalankan pada Rabu dan kami masih menunggu keputusan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Anti-Doping (ADAMS).
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak
Dia pada asalnya digantung selama empat tahun, namun hukumannya disingkatkan kepada 18 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada Oktober.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024
Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi US ADA memutuskan keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar.
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
ADAMAS 'kejar' atlet lengkapkan modul khas Olimpik
Pihak ADAMAS juga menggerakkan usaha menggalakkan mereka yang berlatih di luar negara melengkapkan modul tersebut secara dalam talian.
Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.
SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.
Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun
Paul Pogba berkata dia 'sedih, terkejut dan patah hati' selepas digantung daripada bola sepak kerana kesalahan doping.
Atlet olahraga jangan 'syok sendiri'
Annamalai menegaskan sebarang pengambilan produk tambahan perlu dapat kebenaran pegawai perubatan di ISN dan dengan pengetahuan jurulatih.
Jia Xin disahkan positif doping, digantung dua tahun
Atlet wanita itu bakal membuat rayuan susulan hukuman yang diterimanya itu.