awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kiefer Sutherland ditahan atas dakwaan serang, ugut pemandu 'rideshare'
Suami isteri ditemui maut dibunuh dalam rumah
Kerajaan sasar nilai eksport nanas RM2 bilion menjelang 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja keretapi bawah tanah mogok seminggu sebelum Piala Dunia

AFP
AFP
06/06/2014
06:06 MYT
Pekerja keretapi bawah tanah mogok seminggu sebelum Piala Dunia
Misi mogok tersebut adalah bagi menunjukkan bantahan terhadap perbelanjaan kerajaan dalam kejohanan tersebut
Pekerja keretapi bawah tanah di Sao Paulo melancarkan mogok pada Khamis, seminggu sebelum berlangsungnya Piala Dunia di beberapa bandar utama di Brazil.
Misi mogok tersebut adalah bagi menunjukkan bantahan terhadap perbelanjaan kerajaan dalam kejohanan tersebut.
Keretapi Sao Paulo Metro merupakan pengangkutan utama yang menghubungkan ibu negara ke stadium utama Piala Dunia.
Misi mogok ini sekaligus memberikan tekanan buat penganjur kerana ianya bakal menjejaskan 4.5 juta pengguna setiap hari.
Ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada 20 juta orang yang lain, setelah pemandu bas di sana turut melancarkan mogok pada bulan lepas.
Pekerja melancarkan mogok pada tengah malam selepas rundingan mengenai peratus kenaikan gaji menurun.
Mereka menolak tawaran sebanyak 8.7 peratus, dan berkeras mahukan sekurang-kuangnya 10 peratus, kata Presiden kesatuan mereka, Altino Melo dos Prazeres.
Beliau berkata mana-mana tawaran perlu berada dalam dua angka untuk bersaing dengan inflasi di Brazil, yang turut bergelut dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan kenaikan harga barang.
Brazil telah dilanda mogok dan bantahan menjelang Piala Dunia dan pilihan raya pada Oktober.
Protes itu bermula pada tahun lepas apabila tambang pengangkutan dinaikkan serta perbelanjaan berbilion-bilion ringgit digunakan untuk Piala Dunia di negara yang mempunyai keperluan mendesak dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan dan perumahan.
Topic Berkaitan
#Brazil
#mogok
#Piala Dunia FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan