Peluang kini terbuka luas buat Selangor untuk merampas kedudukan pendahulu sekiranya mampu mengutip tiga mata penuh menentang T-Team.

Perlawanan tersebut bakal berlangsung pada petang Selasa di Kuala Terengganu.

Hasrat Selangor perlu dilaksanakan sebaik mungkin jentera serangan yang kini gagal menemui sentuhan selepas tiga perlawanan.

S.Kunanlan dan K.Gurusamy dijangka akan menambah kekuatan pasukan berikutan sudah pulih daripada kecederaan yang dialami menerusi perlawanan yang sebelumnya.

Bagaimanapun ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim tidak dapat menurunkan dua pemain sayap, Solihin Kanasian dan Raimi Md Nor yang masih cedera.

Sementara khidmat , pemain import Ramex Dayoub sudah boleh dilupakan selepas digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Lubnan, LFA akibat dakwaan mengatur perlawanan.

Itu, T-Team pula mengharapkan penyerang importnya, Caleb Folan segera menemui sentuhan.
Selepas lapan perlawanan, bekas pemain antarabangsa Ireland itu masih belum memperoleh jaringan.

Peter Butler sebagai pengendali pasukan itu harus meminkan peranan yang besar bagi meningkatkan moral para pemain berikutan kedudukan pasukan itu di zon penyingkiran.