Mirsamad Pourseyedigolakhour, pakar pendakian Tabriz Petrochemical Team dari Iran berjaya menawan laluan mencabar di Genting Highlands dalam cuaca sejuk untuk menjuarai Peringkat Empat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 di sini, pada hari Ahad.
Dalam perlumbaan yang bermula di Subang, Pourseyedigolakhour mengetepikan pelumba Eritrea Merhawi Kudus dari pasukan MTN Qhubeka dan pelumba Colombia Isaac Bolivar dari pasukan United Healthcare Pro Cycling.
Pelumba berusia 28 tahun itu mengambil masa 2 jam 54 minit 44 saat untuk menamatkan perlumbaan, mengatasi Kudus dengan empat saat.
"Pada mulanya saya berada dalam kumpulan utama, tapi pelumba MTN (MTN Qhubeka) amat bertenaga dan saya pun ambil keputusan mengekorinya sebelum terasa letih. Saya perlahankan kayuhan untuk menyimpan tenaga dan kemudian cuba mengasak dalam 3km terakhir.
"Sudah tentu saya amat gembira apabila muncul sebagai rakyat Iran pertama memenangi peringkat Genting Highlands ini. Kami bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh di negara kami (Iran), jadi sudah tentulah saya dan pasukan saya amat gembira," katanya kepada pemberita di sini.
Kemenangan itu membolehkan Pourseyedigolakhour merampas jersi kuning dan jersi putih yang dimenangi Duber Quintero dari Team Colombia dan Goh Choon Huat dari OCBC Singapore sebelum ini.
Juara Tour of Qinghai Lake itu mencatat masa 12:09:21 untuk muncul sebagai pendahulu dalam klasifikasi umum (jersi kuning), manakala Kudus di tempat kedua dengan ketinggalan hanya lapan saat.
Di samping kemenangan itu, pasukannya juga berada di tempat paling hadapan dalam klasifikasi umum pasukan Asia setelah mencatat masa 36:32:28, manakala MTN Qhubeka menduduki tempat teratas dalam klasifikasi umum berpasukan dengan catatan 36:32:01s.
Pelumba Ireland Matt Brammeier dari pasukan Synergy Baku Cycling Project mempertahankan jersi biru dengan meraih 40 mata dan jersi merah dengan 32 mata.
Mohd Adiq Hussainie Othman dari Terengganu Cycling Team pula dinobatkan sebagai penunggang terbaik Malaysia apabila menamatkan perlumbaan dengan menduduki tempat ke-37.
Perlumbaan akan diteruskan dengan Peringkat Lima esok iaitu dari Karak ke Rembau yang sejauh 139.3km.
Bernama
Sun Mar 02 2014
Pakar Pendakian Tabriz Petrochemical Team, Mirsamad Pourseyedigolakhour
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
LTdL perlu lebih RM15 juta - Abdul Rashid
Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dijangka memerlukan perbelanjaan lebih RM15 juta.
Tourism Malaysia tawar 23 pakej pelancongan sambil tonton perlumbaan LTdL
Pakej yang ditawarkan bakal meliputi destinasi pelancongan popular angtaranya seperti Langkawi, Pulau Pinang, Melaka, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands.
LTdL 2023: Carr juara keseluruhan, Syritsa ungguli peringkat akhir
Simon Carr melakar sejarah menjadi atlet berbasikal pertama British memenangi gelaran Juara Keseluruhan (Jersi Hijau) perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.
De Kleijn kuasai peringkat pertama LTdL 2023
Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn menjuarai peringkat pertama LTdL 2023 dari Kerteh ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
LTdL: Malaysia bukan sekadar pelengkap
Di sebalik kehadiran beberapa pasukan ternama, barisan pelumba Malaysia tetap memiliki aura tersendiri.
LTdL 2023: Pasukan tiba di Terengganu, pemburuan jersi hijau bermula
Bahang penganjuran LTdL tidak pernah terpadam sebelum acara kayuhan itu bermula esok hingga 30 Sept ini.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
'Saya bawa suara presiden'
Datuk Amarjit Singh Gill membawa maruah negara apabila beliau menghadiri mesyuarat Eksekutif Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) di Glasgow pada Isnin.