awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain BAM ada dua bulan sebelum pengstrukturan semula

Astro Arena
Astro Arena
06/10/2015
00:00 MYT
Pemain BAM ada dua bulan sebelum pengstrukturan semula
Menurut Norza, perubahan itu tidak akan menjejaskan persiapan pemain untuk Sukan Olimpik. - Gambar Astro ARENA
Pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempunyai tempoh kira-kira dua bulan untuk meningkatkan prestasi mereka sebelum pengstrukturan semula skuad negara tahun depan.
Keputusan itu dicapai sewaktu mesyuarat Jawatankuasa Jurulatih dan Latihan yang diadakan Selasa lepas.
"Walaupun pengstrukturan besar-besaran hanya dilakukan selepas Sukan Olimpik tahun depan, ada beberapa perubahan akan dibuat pada akhir tahun ini," kata Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria dalam satu kenyataan pada Isnin.
"Setiap tahun BAM ada melakukan perubahan, biasanya pada November dan Disember membabitkan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, skuad pelapis serta pasukan senior.
Oleh itu, ada kemungkinan perubahan kecil akan dibuat hujung tahun ini. namun ia bergantung kepada prestasi pemain kerana mereka mempunyai tempoh dua bulan lagi," katanya.
Norza berkata perubahan itu tidak akan menjejaskan persiapan pemain untuk Sukan Olimpik.
"Sudah diketahui ada pemain yang perlu membuktikan kemampuan mereka dan pada masa sama, BAM akan membantu khususnya menyediakan rakan sparring bagi kelompok pemain yang dirasakan mampu layak ke Sukan Olimpik tahun depan," kata Norza.
Topic Berkaitan
#BAM
#Norza Zakaria
#Persatuan Badminton Malaysia
#Sekolah Sukan Bukit Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan