KAJIAN Ofcom menjelang musim baharu mendapati tujuh daripada 10 pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi mangsa buli di Twitter.

Kajian itu juga mendedahkan bahawa 362 ciapan yang mengandungi teks melampau ditujukan kepada pemain EPL setiap hari dan lapan daripada 10 pemain EPL paling kerap menjadi mangsa di atas talian musim lalu adalah dari Manchester United.

Separuh daripada ciapan berbentuk penghinaan itu terarah kepada 12 pemain dengan pemain United dengan Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire, menerima paling banyak kecaman.

Antara nama lain dalam 10 teratas itu termasuk Bruno Fernandes, Fred, David de Gea, Marcus Rashford, Paul Pogba, Jesse Lingard, Harry Kane dan Jack Grealish.

Dalam laporan itu, Pengarah Kumpulan Penyiaran dan Kandungan Dalam Talian Ofcom, Kevin Bakhurst, berkata: "Bola sepak ialah permainan emosi yang tinggi, kebanggaan dan rasa memiliki.

"Kadang-kadang emosi itu boleh melampaui batas. Selama bertahun-tahun, bola sepak telah mencapai kemajuan besar dalam menangani tingkah laku yang tidak boleh diterima oleh sebahagian minoriti yang boleh merosakkan sukan untuk orang lain.

"Penderaan seperti ini tidak mempunyai tempat dalam sukan, apatah lagi dalam masyarakat.

"Laporan ini akan membantu kami memahami permasalahan seperti ini bagi memastikan firma teknologi seperti kami yang bertanggungjawab dan akhirnya mewujudkan kehidupan yang lebih selamat di atas talian." - Stadium Astro