awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kebakaran gas Putra Heights: Penduduk tidak puas hati hasil siasatan, desak semakan semula
HIBURAN
Kemelut jenama XPDC bakal selesai, sidang media dalam waktu terdekat
GADGETS
Mark Zuckerberg tawar AS$300 juta kepada penyelidik AI pindah ke Meta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah

Astro Arena
Astro Arena
19/08/2021
23:33 MYT
Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah
DOLLAH: Kita tangkap muat sebab mereka berbadan besar, sebab kebanyakan pemain naturalisasi memiliki kelebihan fizikal, bukan berdasarkan kemampuan mereka. - Gambar fail/Facebook Sri Pahang FC
BEKAS jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh, yang mengharapkan pemilihan lebih teliti akan dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) andai projek pemain naturalisasi kembali selepas ini. Jika ia demi kepentingan bola sepak negara, keputusan untuk menghentikan seketika projek itu membawa kepada pelbagai persoalan. Walaupun FAM memiliki alasan tersendiri tetapi ramai yang menganggap kelibat tiga pemain naturalisasi negara -- Liridon Krasniqi, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh -- dalam Kelayakan Piala Asia 2023 memainkan peranan besar atas langkah dasar diambil FAM ketika ini. "Kita tangkap muat sebab mereka (pemain naturalisasi) berbadan besar, inilah kelemahan kita. Ini disebabkan kebanyakan pemain naturalisasi memiliki kelebihan fizikal, bukan berdasarkan kemampuan mereka," kata Dollah.
Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan, pula mengangggap keputusan badan induk itu adalah tindakan tepat. Begitupun, perlu ada perincian kerana kehadiran pemain naturalisasi dalam pasukan adalah keperluan demi perkembangan skuad negara. Malah, dia menegaskan projek ini perlu diteruskan dan diperhalusi dalam menawarkan pemain yang akan diberi kewarganegaraan. "(Belum dipertimbangkan dengan mendalam) adakah mereka ini sesuai? "Adakah tahap mereka lebih tinggi daripada pemain tempatan atau posisi manakah jurulatih mahu gunakan khidmat mereka ini," kata Pengarah Teknikal Sarawak United itu pula.
Topic Berkaitan
#Dollah Salleh
#bola sepak
#FAM
#Persatuan Bolasepak Malaysia
#jurulatih
#pemain naturalisasi
#Peranan
#dasar
#tangkap muat
#PJBM
#B Sathianathan
#kewarganegaraan
#berbadan besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami