Skuad Harimau Malaya perlu tampil lebih tenang untuk mengelak daripada melakukan kesilapan ketika melayani kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam esok.
Peringatan itu disuarakan ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe yang menyasarkan meraih keputusan positif berdepan pasukan di ranking ke-65 dunia itu bagi meneruskan kecemerlangan selepas menewaskan Indonesia 3-2 dalam aksi sulung kumpulan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Khamis lepas.
Pengendali berusia 51 tahun itu mahu barisan pemainnya memulakan perlawanan esok dengan keyakinan tinggi dan tidak mengulangi kesilapan mudah seperti dilakukan di Jakarta yang menyaksikan Malaysia terpaksa bekerja keras untuk bangkit setelah ketinggalan hasil dua gol mudah pasukan lawan.
"Kesilapan itu perkara biasa dilakukan dalam bola sepak tetapi kesalahan besar seperti kelalaian membuat hantaran dalam kawasan sendiri yang mudah dipintas pemain lawan sehingga menyebabkan kita dibolosi, perlu diperbaiki.
"Semua itu harus ditingkatkan dan kita juga perlu ada keyakinan tinggi pada perlawanan ini kerana kita tahu UAE bukan pasukan yang calang-calang. Sekiranya kita membuat kesilapan sedemikian mungkin kita akan dihukum," katanya pada sidang media pra perlawanan di sini, hari ini.
Pada masa sama, Cheng Hoe menyifatkan pemain tonggak UAE, Omar Abdul Rahman bukan satu-satunya ancaman kepada pasukan negara.
Sebaliknya, Cheng Hoe mengakui tumpuan utama pasukannya pada pertembungan itu lebih terarah kepada kemampuan keseluruhan skuad kendalian Bert Van Marwijk.
"Mana-mana pasukan ada pemain tonggak tersendiri yang mampu buat sesuatu tetapi tumpuan kami bukan sahaja kepada satu pemain...tetapi kita lihat keseluruhan pemain UAE yang mempunyai kualiti terbaik kerana pengalaman beraksi di pentas berbeza berbanding pasukan negara," katanya.
Malaysia kini mengungguli saingan Kumpulan G dengan mengutip tiga mata, mengatasi Thailand dan Vietnam yang berkongsi satu mata di tempat kedua dan ketiga, sementara perlawanan esok merupakan aksi sulung buat pasukan UAE.
Sebagai rekod, kali terakhir Harimau Malaya menewaskan UAE adalah pada Pestabola Merdeka 1982 dengan keputusan 2-1 dan kemenangan 2-0 dicatat pada Piala Asia 1980. Selain itu pasukan kebangsaan tewas dalam sembilan pertemuan dan seri sekali.
Paling tidak dapat dilupakan apabila dibelasah 10-0 kepada pasukan berkenaan pada kempen kelayakan edisi terdahulu pada 2015, kekalahan terbesar dalam sejarah buat pasukan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 09 2019
Pengendali berusia 51 tahun itu mahu barisan pemainnya memulakan perlawanan esok dengan keyakinan tinggi. - Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.